Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Mengapa DAP takut sangat pemilihan semula, soal Hishammuddin

 | July 9, 2017

DAP tidak perlu takut dengan arahan JPPM jika benar mereka telus dan demokratik, kata naib presiden Umno.

Hishammuddin-Hussein-dapKUALA LUMPUR: DAP tak perlu takut mengadakan pemilihan semula Jawantakuasa Eksekutif Pusat (CEC) sekiranya tiada apa yang hendak disembunyikan, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Naib Presiden Umno itu berkata DAP perlu tunjukkan mereka telus mentadbir parti dengan mengadakan pemilihan semula CEC sepertimana yang diarahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

“Kalau tak ada benda yang nak disembunyi, buat seperti apa yang JPPM putuskan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Cheras di Berjaya Times Square hari ini.

“DAP kata mereka perjuangkan demokrasi. Kalau tiada benda yang tak kena apa yang dia takut sangat untuk membuat keputusan,” katanya.

Jumaat lepas, Ketua Pengarah JPPPM Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata pelantikan 20 anggota CEC DAP serta pemegang jawatan utama hasil pemilihan semula yang diadakan pada 29 September 2013 adalah tidak sah dari segi undang-undang.

Pemilihan semula yang diadakan itu sepatutnya berdasarkan kepada senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP bertarikh 15 Disember 2012 iaitu yang melibatkan 2,576 perwakilan dari 865 buah cawangan.

DAP selepas mesyuarat tergempar semalam mengumumkan mereka enggan mengadakan pemilihan semula tetapi bersedia bertemu JPPM untuk membincangkan perkara berbangkit.

Setiausaha Agung Lim Guan Eng tidak menolak tindakan JPPM bermotifkan politik serta mahu mensabotaj DAP dalam membuat persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Hishammuddin bagaimanapun mengingatkan DAP agar tidak menyalahkan masalah dalaman parti pada orang lain.

“Jangan halakan pandangan orang lain dan menuding jari pada orang lain. Ini masalah dalaman mereka. Jangan nak menuding jari pada Umno dan BN. Kita tidak ada kena mengena dengan dia,” katanya.

DAP: Kami mahu temu JPPM, soal pemilihan baharu tak timbul


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments