Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Mari lupakan permusuhan kita, Syed Saddiq ajak Pemuda Umno tangani hutang belia

 | July 14, 2017

Lebih 50,000 mahasiswa diploma yang melanjutkan pelajaran sebelum 2014 menghadapi masalah bayaran balik PTPTN menyebabkan nama mereka disenarai hitamkan.

syed-saddiq-ppbmPETALING JAYA: Pemuda PPBM hari ini menyatakan kesediaan melupakan permusuhan mereka dengan rakan mereka dari Umno demi menyelesaikan isu hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melibatkan berpuluh ribu belia Malaysia, menurut Syed Saddiq Abdul Rahman.

Ketua Pemuda PPBM itu berkata keterbukaan itu memandangkan masalah utama dihadapi anak muda sekarang adalah menyelesaikan beban hutang PTPTN dan peluang pekerjaan yang terhad.

Syed Saddiq turut berkata Pemuda Umno lebih mudah untuk menyampaikan hasrat kepada pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pendidikan dan pihak PTPTN.

Menurutnya, Pemuda Umno boleh bersama mereka sekiranya “serius hendak memperjuangkan nasib anak muda Melayu”.

Katanya, ini kerana golongan itu paling ramai menghadapi hutang PTPTN.

“Kita juga boleh bekerjasama dengan mereka (Umno) untuk dapatkan data berapa ramai pelajar yang menghadapi masalah,” katanya sambil merujuk kepada pelajar lepasan diploma sebelum 2014 yang terpaksa menyelesaikan bayaran pinjaman walaupun sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah.

Sementara itu, Exco Mahasiswa dan Pendidikan Pemuda PPBM, Abdul Hannaan Khairy menganggarkan lebih 50,000 pelajar diploma yang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sebelum tahun 2014 dibebani hutang PTPTN, sehingga nama mereka disenarai hitamkan.

“Walaupun mendapat kelulusan penangguhan bayaran bulanan oleh PTPTN, mereka tetap perlu melakukan bayaran seperti biasa.

“Malah kami difahamkan penangguhan bayaran yang diluluskan PTPTN adalah untuk mengelakkan peminjam daripada dikenakan kos saman dan kos dakwa tetapi masih terikat disenarai hitam,” katanya.

Sebelum ini Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata jumlah bayaran balik pinjaman PTPTN meningkat setiap tahun dengan kutipan diperoleh tahun lalu sebanyak RM3.4 bilion.

 

PTPTN kutip RM3.4 bilion hutang tahun lalu


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments