Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Tiada kerjasama PAS-Umno hadapi PRU14, kata Takiyuddin

 | July 15, 2017

Takiyuddin berkata PAS menyasarkan memenangi tidak kurang 40 kerusi Parlimen termasuk kerusi yang dimenangi Umno selain PKR.

Takiyuddin-Hassan__umno_6002

KANGAR: PAS tidak pernah menjalin kerjasama dengan Umno untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata PAS hanya menjalin kerjasama dengan pihak-pihak yang mempunyai agenda sama dengan perjuangan parti itu seperti dalam isu Rang Undang-Undang 355 (RUU355).

“Majlis Syura Ulama telah menjelaskan tidak boleh bekerjasama (dengan Umno).

“Bagaimanapun dalam isu RUU355, kita bekerjasama dengan kerajaan pusat supaya rang undang-undang itu boleh dibentangkan di Parlimen,” katanya kepada pemberita semasa ditemui pada majlis Hari Raya Aidilfitri PAS Perlis di markas parti itu di sini, hari ini.

Mengenai PRU14, Takiyuddin berkata PAS akan bertanding kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen yang dimenangi bekas rakan-rakannya dalam Pakatan Harapan dan juga Umno.

“Kita menyasarkan memenangi tidak kurang 40 kerusi Parlimen termasuk kerusi yang dimenangi Umno selain PKR.

“Oleh kerana kita tiada lagi hubungan politik dengan PKR, kita akan tetap meletakkan calon di kerusi yang ditandingi parti itu yang kemungkinan boleh menang termasuk kerusi Umno,” kata Takiyuddin.

Beliau berkata PAS yang memenangi 21 kerusi Parlimen pada PRU13 mempunyai strategi realistik dan Majlis Syura membenarkan calon bukan Islam diletakkan di kerusi majorti pengundi bukan Islam.

PAS kini sedang mengenal pasti 3 calon di setiap kerusi Parlimen untuk dikemukakan kepada Majlis Syura yang akan membuat tapisan bagi memilih seorang mewakili parti itu di setiap kerusi ditetapkan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments