Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Andaian penasihat Suaram silap, tegas pemimpin PPBM

Pengerusi biro dasar dan strategi PPBM menegaskan Kia Soong memilih maklumat yang mengesahkan prasangka dan kepercayaan beliau tetapi mengabaikan fakta-fakta yang lain.

Rais-Hussin-Kua-Kia-Soong-Mahathir--1PETALING JAYA: PPBM menyangkal tanggapan penasihat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Kua Kia Soong dengan menyifatkan beliau “silap” dalam penilaiannya apabila mendakwa PAS menikmati sokongan lebih besar di kalangan pengundi Melayu berbanding Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi biro dasar dan strateginya, Rais Hussin berkata, Kia Soong nampaknya dihimpit “pengesahan yang bias” di mana beliau mentafsirkan bukti baharu sebagai pengesahan terhadap kepercayaan atau teorinya sendiri.

“Beliau percaya apa yang beliau mahu, dalam pandangan beliau sendiri.”

“Beliau memilih maklumat yang mengesahkan prasangka dan kepercayaan beliau tetapi mengabaikan fakta-fakta yang lain. Bagi saya itu pengesahan berat sebelah,” kata Rais kepada FMT.

Katanya, PPBM yang ditubuhkan pada Ogos tahun lepas menyaksikan sokongannya yang semakin bertambah kukuh di kalangan masyarakat Felda.

“Sebelum adanya PPBM agak sukar (untuk mendapatkan sokongan mereka), tetapi sekarang apabila kami menganjurkan program di kawasan Felda, kami dialu-alukan,” kata beliau lagi.

“Malah, ribuan orang datang untuk memberi sokongan. Untuk mengatakan Dr Mahathir atau PPBM tidak memberi kesan kepada masyarakat Melayu adalah salah,” katanya.

Dalam laporan FMT semalam, Kia Soong meramalkan majoriti orang Melayu akan menyokong PAS berbanding PH pada PRU14.

Bercakap pada perasmian bukunya bertajuk “Malaysia’s 14th General Elections: The Big Issues” di Gerakbudaya semalam, beliau berkata, PH melakukan “kesilapan” dengan mempercayai Dr Mahathir boleh menarik undi Melayu.

“Adakah mereka benar-benar melihat Dr Mahathir memenangi undi Melayu berbanding PAS? Saya sanggup bertaruh 20 sen dengan sesiapa pun, orang Melayu sebaliknya akan sokong PAS,” katanya.

Beliau mendakwa ramai belum memaafkan Dr Mahathir terhadap banyak skandal yang dikatakan sepatutnya membabitkan beliau ketika menjadi perdana menteri.

Rais juga berkata PAS hanya kuat apabila ia berada dalam gabungan pakatan.

“Tidak syak lagi PAS mempunyai pengikut yang kuat, tetapi mereka hanya (mencatatkan rekod) baik apabila berada dalam gabungan.

“Lihat sahaja prestasi sebelum ini apabila mereka berada dalam gabungan dan berjaya memenangi lebih banyak kerusi,” kata beliau.

PAS merupakan salah 1 parti gabungan dalam Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR dan DAP.

khairuddin-dalam-1

Dalam pada itu, bekas anggota PPBM, Khairuddin Abu Hassan juga mengecam Kia Soong sambil mendakwa kenyataan bahawa PAS akan mendapat lebih banyak sokongan Melayu dalam PRU14 tidak berasas.

“Di mana beliau mendapat fakta sedemikian? Ia hanya 1 anggapan,” kata beliau sambil menambah, orang ramai memperlihatkan respons positif terhadap kemunculan Dr Mahathir dan pemimpin de facto PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memimpin pembangkang.

“Pengumuman baru-baru ini oleh Pakatan Harapan mengenai barisan kepimpinannya telah mendapat sambutan positif daripada rakyat, dan kesatuan (antara Mahathir dan Anwar) telah mewujudkan kuasa baru di kalangan orang Melayu di kampung-kampung untuk menyokong kedua-dua tokoh tersebut,” kata Khairuddin.

Khamis lalu, PH memuktamadkan logo dan struktur kepimpinannya dengan Dr Mahathir sebagai pengerusi, Anwar sebagai pemimpin de facto manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden.

Keputusan itu diumumkan oleh Dr Mahathir di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Melayu akan sokong PAS, bukan Dr Mahathir, kata Suaram


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments