Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

‘Batal lesen persatuan pemandu pelancong jejas nama Malaysia, Sabah’

 | July 16, 2017

Ag Ahmad Zaki Abu Bakar berkata, sekumpulan pelancong China terkandas di lapangan terbang selama 2 jam kerana dakwaan 2 persatuan pemandu pelancong berhubung pengambilan pemandu pelancong haram.

motac

KOTA KINABALU: Persatuan pemandu pelancong yang didapati menjejaskan nama Malaysia, terutama Sabah akan ditarik balik lesen mereka, kata Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Sabah (Motac), Ag Ahmad Zaki Abu Bakar.

Beliau berkata, ini susulan dakwaan Persatuan Pemandu Pelancong Sabah (STGA) dan Persatuan Pemandu Pelancong Bumiputera (PBB) yang sebuah syarikat pelancongan di sini mengambil pemandu pelancong China secara haram.

“Namun, setelah siasatan dibuat, didapati syarikat tersebut beroperasi secara sah mengikut Akta Industri Pelancongan 1992,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, dakwaan 2 persatuan tersebut menyebabkan pemandu pelancong China itu terpaksa meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebelum ketibaan sekumpulan pelancong China di bawah kendaliannya kerana ketakutan.

“Tindakan mereka memberi imej negatif kepada pelancong China yang baru tiba itu kerana mereka terkandas selama 2 jam di lapangan terbang,” katanya.

Beliau berkata, pejabatnya turut menerima banyak aduan berhubung STGA dan PBB daripada syarikat pelancongan, terutama dari China dan Korea sehingga mengakibatkan pembatalan kunjungan pelancong dari negara tersebut.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments