Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Bebas: Nilai semula kesalahan syariah, jangan hanya fokus hukum

 | July 16, 2017

Pengasas bersama Bebas, Azrul Khalib berkata tindak balas semasa ke atas mereka yang melanggar undang-undang syariah hanya tertumpu kepada jenayah dan hukuman.

Azrul-Mohd-Khalib-public-caneKUALA LUMPUR: Bebas, kumpulan hak sivil mendesak kerajaan menilai semula kesalahan-kesalahan syariah dan sama ada tindak balas yang sesuai adalah untuk mengenakan hukuman di khalayak ramai atau menggalakkan pemulihan.

Pengasas bersama Bebas, Azrul Khalib berkata tindak balas semasa ke atas mereka yang melanggar undang-undang syariah hanya tertumpu kepada jenayah dan hukuman.

“Terdapat keperluan untuk menilai apa yang menjadi kesalahan syariah kerana sekarang ia dianggap sebagai jenayah,” kata beliau.

“Realitinya (undang-undang syariah) tidak memerlukan hukuman berat untuk jenayah yang dilakukan,” kata beliau kepada FMT selepas pelancaran rasmi Bebas semalam.

Beliau mempersoalkan sama ada undang-undang syariah hanya bertujuan menghukum orang atau membantu mereka apabila melakukan kesalahan.

Azrul mengulas keputusan terbaru Kelantan yang mahu melaksanakan hukuman merotan di khalayak awam, yang mencetuskan minat di kalangan pihak-pihak tertentu seperti PAS Kedah dan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria agar negeri-negeri mengikuti langkah Kelantan.

Azrul juga berkata beliau tidak yakin keputusan itu hanya akan menjejaskan umat Islam seperti yang didakwa oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya tidak yakin dengan apa yang telah dinyatakan oleh timbalan perdana menteri. Kenapa kita tidak patut dilayan sama?”

“Apakah kita tidak boleh mendapat keadilan yang sama dengan apa yang orang bukan Islam dapat?” soal Azrul.

Beliau mendakwa langkah itu adalah mengenai tindakan mengenakan kawalan ke atas orang Melayu Islam.

“Pada pandangan saya, pihak berkuasa agama ini menyimpang dari tujuan sebenar (undang-undang syariah). Isu di sini adalah mengenai menguasai masyarakat Melayu-Islam,” kata beliau.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Kedah, Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata, parti itu merancang untuk memasukkan hukuman sebat di khalayak ramai ke atas pesalah syariah dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mereka.

Beliau berkata, keputusan sama ada hukuman sedemikian sesuai untuk negeri itu akan dibincangkan oleh jawatankuasa manifesto parti.

Rabu lalu, Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan pindaan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002, yang membolehkan mereka yang melakukan kesalahan syariah untuk disebat di khalayak ramai. Ia membabitkan kesalahan zina, tuduhan palsu zina, perbuatan sodomi dan mengambil alkohol.

Harussani mahu Perak ikut Kelantan rotan di khalayak

Kelantan lulus rang undang-undang sebat di khalayak ramai


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments