Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Idris: PAS bertanding 140 kerusi Parlimen untuk bentuk kerajaan

 | July 16, 2017

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, PRU14 cukup kritikal kepada PAS kerana parti itu perlu menentang BN dan Pakatan Harapan.

idris-ahmad_pas_new_600

PETALING JAYA: PAS akan bertanding di 140 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bagi membolehkan parti itu membentuk kerajaan jika ia mendapat mandat rakyat, kata naib presidennya.

Idris Ahmad dipetik Bernama berkata, PRU14 cukup kritikal kepada PAS kerana parti itu perlu menentang Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan.

Katanya, ini julung kali dalam sejarah, pembangkang melawan pembangkang pada PRU dan pihak lawan sepatutnya tahu di mana peluru hendak disasarkan.

Beliau menolak dakwaan dan tuduhan Pakatan Harapan, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad yang PAS “makan dedak” Umno.

Katanya, bekas perdana menteri itu perlu berhenti mendakwa PAS “makan dedak” Umno dan belajar cara menjadi pembangkang yang sebenar.

“Bagaimana kamu (Pakatan Harapan) kata kami berada di saf BN? Carilah hujah lain untuk menentang kami. Sedangkan kita lihat 13 kali pilihan raya umum, sekali sahaja PAS tak lawan Umno, iaitu pada 1974. (PRU) yang lain kita lawan BN,” katanya ketika berucap melancarkan jentera pilihan raya PAS Parlimen Permatang Pauh, hari ini.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments