Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Kes MH17 mungkin dibicara tanpa kehadiran suspek, kata Australia

 | July 16, 2017

Australia menggesa Rusia membantu membawa mereka yang bertanggungjawab menembak jatuh MH17 ke muka pengadilan.

mh17_law_600

SYDNEY: Pihak yang menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 dan meragut nyawa 298 penumpang serta kru pada Julai 2014, boleh dibicarakan tanpa kehadiran suspek, kata Menteri Luar Australia, Julie Bishop.

Kebanyakan penumpang dalam pesawat Boeing 777 itu ialah warga Belanda, manakala mangsa lain datang dari 17 negara, termasuk 38 rakyat Australia.

Lembaga Keselamatan Belanda pada 2015 menyimpulkan pesawat itu ditembak jatuh sebuah misil BUK buatan Rusia di wilayah timur Ukraine yang dikuasai puak pemisah pro-Rusia.

Akhir bulan lalu, Belanda berkata suspek dalam kes itu boleh dibicarakan mengikut undang-undang dan di mahkamah negara itu.

Bishop berkata, “setiap kaedah undang-undang” sedang diambil dan mendesak Rusia mematuhi resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) 2166, yang dirangka Australia.

“Semua negara diseru bekerjasama untuk memastikan pihak yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan itu dibawa ke muka pengadilan.

“Mungkin ada perbicaraan tanpa kehadiran suspek,” katanya kepada stesen televisyen kerajaan, ABC.

Seorang jurucakap Kementerian Luar Australia tidak dapat memberikan butiran lanjut.

Moscow menafikan sebarang pembabitan dalam pertempuran di timur Ukraine atau satu daripada roketnye mungkin digunakan untuk menembak jatuh MH17.

Keputusan mengadakan perbicaraan di Belanda susulan cubaan yang disekat Rusia pada 2015, untuk menubuhkan sebuah mahkamah antarabangsa bagi nahas udara itu.

Tidak jelas sejauh mana Rusia akan bekerjasama dengan mahkamah di Belanda jika pendakwa raya menamakan suspek Rusia atau meminta maklumat.

Kenyataan Bishop dikeluarkan beberapa hari selepas Malaysia menyuarakan harapan suspek dalam tragedi itu akan diketahui menjelang akhir tahun ini.

Suspek tembak jatuh MH17 akan dibicara di Belanda

Menteri: Keputusan dakwa suspek tembak jatuh MH17 akhir tahun ini


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments