Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Masjid Al-Aqsa dibuka semula hari ini secara berperingkat

 | July 16, 2017

Al Jazeera melaporkan Pejabat Netanyahu dalam 1 kenyataan semalam berkata kawasan itu dapat diakses 'secara berperingkat-peringkat' oleh jemaah dan pengunjung.

masjid-alaqsa

PETALING JAYA: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dilaporkan mengumumkan kawasan Masjid Al-Aqsa yang ditutup sejak kelmarin akan dibuka semula mulai hari ini.

Penutupan kali pertama dalam tempoh 5 dekad yang lalu telah meningkatkan ketegangan Israel-Palestin.

Portal Al Jazeera melaporkan Pejabat Netanyahu dalam 1 kenyataan semalam berkata kawasan itu dapat diakses “secara berperingkat-peringkat” oleh para jemaah dan pengunjung.

Semalam, Sheikh Ikrima Sabri, bekas Mufti Besar wilayah Palestin berkata penutupan itu adalah “hukuman kolektif” yang menjejaskan ribuan jemaah.

Pelbagai pihak termasuk Malaysia mengutuk tindakan rejim Israel menutup Masjid Al-Aqsa.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata Malaysia mendesak Israel segera membuka semula Masjid Al-Aqsa untuk umat Islam dan menghentikan sebarang tindakan yang akan mengubah status quo tempat suci umat Islam itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel menutup Masjid Al-Aqsa, kata

“Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel menutup Masjid Al-Aqsa dan menafikan hak umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat,” kata beliau dalam akaun Twitternya hari ini.

Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula menggesa Masjid Al-Aqsa yang ditutup oleh Israel sejak Jumaat lalu, yang pertama kali dalam 5 dekad, dibuka semula.

Menurut laporan berita, polis Israel menutup Masjid Al-Aqsa dan tidak membenarkan solat Jumaat diadakan selepas 3 penduduk Palestin dan 2 polis Israel terbunuh dalam pertempuran bersenjata di pekarangan masjid itu.

Al Jazeera, saluran berita bebas negara Arab, melaporkan susulan insiden itu, polis Israel mengarahkan orang ramai beredar dari Masjid Al-Aqsa dan menutupnya kepada awam.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments