Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Atlet lompat jauh pecah rekod, pertahan emas di Olahraga Para Dunia

 | July 17, 2017

Abdul Latif Romly melakukan lompatan sejauh 7.37m, 0.02m lebih jauh daripada rekod kejohanan yang diciptanya pada Kejohanan Dunia 2015 di Doha, Qatar.

abdul-latiff-romly

KUALA LUMPUR: Atlet paralimpik negara, Abdul Latif Romly memecahkan rekod kejohanan dan mempertahankan pingat emas dalam acara lompat jauh lelaki T20 (masalah pembelajaran) pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 yang berlangsung di London, England, pada Ahad.

Pemenang pingat emas Paralimpik Rio 2016 melakukan lompatan sejauh 7.37m, 0.02m lebih jauh daripada rekod kejohanan yang diciptanya pada Kejohanan Dunia 2015 di Doha, Qatar, menurut laman sesawang rasmi kejohanan itu.

Atlet Croatia, Zioran Talic yang merupakan pemenang pingat perak Paralimpik Rio 2016 meraih pingat perak dengan lompatan 7.32m, sementara Dmytro Prudnikov dari Ukraine mendapat pingat gangsa apabila mencatat 7.12 m dalam lompatannya di Stadium London, Queen Elizabeth Olympic Park.

Terdahulu, 2 atlet Malaysia – Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Mohd Nasharuddin Mohamad, masing-masing layak ke final acara lelaki 200m T36 (palsi serebrum) dan 400m T20 (masalah pembelajaran).

Ridzuan berada di tempat ke-3 dalam saringan pertama dengan catatan masa 25.39 saat, sementara Nasharuddin di tempat ke-4 selepas merekodkan catatan masa 50.03 saat.

Final bagi kedua-dua acara berlangsung pada Isnin.

Olahraga Para Dunia: Ziyad pecah 1 lagi rekod dunia


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments