Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Beli hotel di UK: SPRM ke Balai Felda ambil dokumen

 | July 17, 2017

Pasukan penyiasat SPRM seramai 7 orang berkenaan tiba di pejabat FIC pada kira-kira pukul 10.20 pagi hari ini.

beli-banglo-ukKUALA LUMPUR: Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini hadir di pejabat Felda Investment Corporation (FIC) di Balai Felda di sini bagi mengambil beberapa dokumen berhubung pembelian sebuah hotel 4 bintang di United Kingdom.

Pasukan penyiasat SPRM seramai 7 orang berkenaan tiba di pejabat FIC pada kira-kira pukul 10.20 pagi.

Ia susulan siasatan SPRM melibatkan pembelian sebuah hotel 4 bintang bernilai RM330 juta di daerah Kensington, London oleh FIC pada 2014.

Hasil maklumat siasatan awal mendapati FIC dipercayai membeli hotel itu dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga asal sehingga mengakibatkan FIC mengalami kerugian jutaan ringgit.

Kenyataan itu menjelaskan, beberapa individu merupakan saksi penting bagi membantu siasatan mengenai proses pembelian hotel tersebut antara 2013 hingga 2015.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments