Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Dr Mahathir: Saya patut angkat Mat Sabu jadi PM

 | July 17, 2017

Dr Mahathir mengulangi rasa kesal kerana pernah menyokong Najib Razak menjadi perdana menteri.

mat-sabu-mahathirPETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad semalam memohon maaf kepada rakyat Malaysia, mengulangi rasa kesalnya kerana pernah menyokong pelantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

“Saya silap, saya sepatutnya angkat Mat Sabu jadi PM,” bekas perdana menteri itu berseloroh seperti dilaporkan Sinar Harian, merujuk Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan itu berkata beliau rasa “tertipu” dan berkata Najib tidak mewarisi sifat bapanya, Tun Abdul Razak Hussein yang dikenali sebagai ikon “bapa pembangunan” yang mempelopori rancangan Felda.

“Apa yang berlaku sekarang, saham Felda Global Venture (FGV) dah jatuh harga. Kononnya orang Felda akan jadi jutawan, sebaliknya hari ini peneroka tahu ia satu pembohongan,” katanya.

“Tidak sepatutnya Felda rugi sebab dunia tahu Malaysia sebuah negara yang dapat keuntungan besar dari industri kelapa sawit. Entah macam mana peneroka alami kerugian dan berdepan hutang yang besar.”

Najib dilantik perdana menteri menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009.

Dr Mahathir bersara daripada Kabinet pada 2003, dan memilih Abdullah penggantinya. Bagaimanapun, Abdullah ditentang Dr Mahathir kerana dituduh menyebabkan prestasi buruk Barisan Nasional pada pilihan raya umum 2008.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments