Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Guru pelatih dihimpit tetapi jutaan ringgit untuk Permata, kata pemimpin PAS

 | July 17, 2017

Pendidik mahu kerajaan menarik balik pengumuman itu, dan berkata profesyen guru bukan sesuatu yang boleh diukur dengan wang ringgit.

Normala-Sudirman

PETALING JAYA: Sebuah kumpulan pendidikan yang berkait dengan PAS mempersoalkan keputusan kerajaan untuk tidak lagi membayar elaun kepada guru pelatih, sambil mempersoalkan peruntukan besar diberikan kepada program pendidikan awal yang dinaungi isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Persatuan Gerakan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) berkata keputusan memansuhkan elaun sara hidup untuk bakal guru yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) selama 4 tahun akan menghimpit golongan itu yang sudah pun memilih karier yang tidak menjanjikan habuan wang.

Sebaliknya, Presiden Pendidik Normala Sudirman mempersoalkan peruntukan besar kepada Program Permata Negara yang dinaungi Rosmah.

“Persoalannya, mengapakah Program Permata Negara boleh diberikan peruntukan jutaan ringgit, sedangkan elaun guru pelatih mahu dihentikan pula?” soalnya seperti dipetik portal PAS, Harakahdaily.

Permata merupakan program yang digerakkan Rosmah tetapi kerap dipersoalkan berikutan peruntukan besar setiap tahun dan soal ketelusan akaun.

Pada Bajet 2017 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak tahun lalu, program tersebut menerima peruntukan RM85 juta, termasuk untuk mengubah suai 2 institut latihan guru menjadi pusat Permata.

Sabtu lalu, Kementerian Pendidikan mengumumkan walaupun yuran pengajian ijazah berjumlah RM28,000 untuk 4 tahun dibiayainya, bakal guru di bawah Institut Pendidikan Guru (IPG) tidak lagi menerima elaun sara hidup RM430 untuk ambilan Jun 2017.

Normala menggesa kerajaan menarik balik pengumuman itu, dan berkata ia untuk menghargai mereka yang memilih karier guru yang tidak menjanjikan gaji lumayan.

“Gaji mereka setelah menjadi guru hanyalah memadai untuk mereka dan keluarga menjadi golongan yang hidup dalam keadaan sederhana dan tidak mewah sebagaimana profesyen lain.

“Hanya insan yang memiliki kesabaran yang tinggi sahaja mampu menjadi seorang guru yang berdedikasi dan gigih dalam mendidik anak bangsa apatah lagi pada zaman zaman IT dan era globalisasi yang penuh dengan cabaran dalam membentuk disipilin dan moral yang tinggi kepada anak bangsa,” katanya.

Elaun guru pelatih dimansuh mulai Jun 2018

Saya tak ambil duit Permata, kata Rosmah


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments