Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

I-Kad akan diwartakan sebagai pengenalan diri pelajar asing

 | July 17, 2017

I-Kad akan berperanan sebagai pengganti diri menggunakan pasport, kata Ketua Pengarah Imigresen Mustafar Ali.

mustafar-ali

PUTRAJAYA: Imigresen dalam proses mewartakan I-Kad sebagai pengenalan diri pelajar asing yang sah di institusi pendidikan tinggi (IPT) yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata dengan pewartaan ini, i-kad pelajar asing boleh digunakan sebagai pengenalan diri selaras dengan Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Katanya ia bagi membolehkan i-kad berperanan sebagai pengganti kepada pengenalan diri menggunakan pasport.

“Penggunaan i-kad adalah sebagai pengenalan diri pelajar asing, tetapi bukan sebagai ganti pengenalan diri yang mutlak kepada pasport,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga mahu semua agensi penguat kuasa undang-undang menerima i-kad pelajar asing ini sebagai kad yang sah sebagai pengganti kepada pasport.

Mustafar berkata imigresen sedang memuktamadkan format i-kad untuk dimasukkan sebagai sebahagian kepada draf Peraturan-Peraturan Imigresen (Pindaan 2017) melalui Bahagian Hal-Ehwal Imigresen KDN.

“I-kad untuk pelajar asing ini akan diperkenalkan dengan format baharu dan ciri-ciri keselamatan yang telah dipertingkatkan bagi mengelakkan pemalsuan dan salahguna kad ini,” katanya.

Menurutnya i-kad format baharu itu akan dilengkapkan dengan cip biometrik versi baharu dan nombor pengenalan diri kekal agar diiktiraf oleh semua agensi penguatkuasaan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments