Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Laporan ketua audit masih lapor elemen rasuah

 | July 17, 2017

Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1 dijangka dibentang di Parlimen hujung bulan ini.

madinah-mohamad-3

IPOH: Jabatan Audit Negara mengadakan perbincangan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menyelesaikan masalah ketidakseragaman terhadap hasil siasatan isu punitif oleh Jawatankuasa Siasatan dan Jawatankuasa Siasatan Dalaman yang ditubuhkan di peringkat Persekutuan dan juga negeri, kata Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad.

“Analisis Jabatan Audit Negara terhadap maklumat yang diberikan JPA berkaitan status tindakan tatatertib dan teguran punitif di peringkat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, badan berkanun dan anak syarikat kerajaan negeri mendapati tindakan yang diambil terhadap kesalahan itu dilaporkan berlakunya ketidaksetaraan dengan keseragaman berbeza mengikut negeri walaupun terhadap kesalahan yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada persidangan setiausaha-setiausaha kerajaan negeri mengenai tindakan terhadap isu laporan ketua audit negara yang dirasmikan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di sini hari ini.

Justeru, Madinah berkata penganjuran persidangan yang julung kali diadakan selama 2 hari itu antara mekanisme proaktif untuk meminimumkan perbezaan yang berbangkit antara syor jawatankuasa siasatan di peringkat negeri dengan persekutuan ataupun antara negeri.

Persidangan itu diadakan bagi membincangkan penekanan yang berkesan terhadap tindakan yang boleh dilaksana oleh setiap setiausaha kerajaan turut dikongsi bersama-sama dengan 104 peserta yang terdiri daripada 13 SUK negeri unit audit dalam unit integriti, penasihat undang-undang dan perkhidmatan awam negeri.

Dalam pada itu, Madinah berkata Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2016 Siri 1 yang dijangka dibentang di Parlimen hujung bulan ini masih tetap mengandungi elemen kecuaian, tatatertib, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, salah laku dalam kalangan kakitangan kerajaan.

Beliau berkata setiap penemuan audit dilaporkan kepada para pegawai agensi yang berkenaan, selaras dengan peranan juru audit dalam menjalankan tugas pengauditan secara profesional.

“Laporan yang adil dan seimbang akan dibentangkan pada Parlimen nanti bertujuan menjamin akauntabiliti pengurusan. Laporan itu adalah bukti dan tanggungjawab jabatan dalam menyahut peranan yang diberikan kerajaan bagi memerangi rasuah dan penyalahgunaan dana awam di negara ini,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments