Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Lelaki terjatuh dari pangsapuri bukan penerima zakat Pulau Pinang

 | July 17, 2017

Bantuan bulanan JKM kepada bapa 7 anak itu dihentikan tetapi isterinya masih menerima bantuan makanan dari Zakat Pulau Pinang.

jump-suicide-1GEORGE TOWN: Keluarga lelaki yang maut selepas terjatuh dari pangsapuri Sabtu lalu tidak dihentikan pemberian sumbangan zakat, sebaliknya hanya dihentikan bantuan bulanan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Seorang pegawai Zakat Pulau Pinang (ZPP) berkata Mohd Irwan Omar, 38, bukan penerima zakat tetapi isterinya yang berusia 37 tahun.

Pegawai tersebut memaklumkan perkara ini kepada Exco Hal Ehwal Islam Negeri Abdul Malik Abul Kassim, yang berkata isteri Irwan penerima makanan bantuan makanan bulanan dari ZPP.

“Pegawai zakat kami melawatnya semalam dan mengesahkan keluarga itu menerima bantuan makanan bulanan.

“Pemberian bantuan JKM mereka dipotong kerana mereka berpindah dari Jawi ke Bukit Mertajam,” kata Malik ketika dihubungi.

Hasil pemeriksaan oleh FMT menunjukkan Irwan seorang pengundi berdaftar di Parlimen Kluang, Johor dan DUN Mahkota.

Exco Hal Ehwal Islam Johor Abd Mutalip Abd Rahim berkata Irwan dan isteri bukan penerima zakat dari Johor.

Semalam, polis mendedahkan Irwan maut selepas terjatuh dari tingkat 4 pangsapurinya di Bukit Mertajam Sabtu lalu, berikutan masalah kewangan yang dihadapinya.

Keluarga Irwan memberitahu polis Irwan tertekan sejak pemberian zakat bulanan RM300 dihentikan.

Keluarga itu berkata sebahagian besar wang itu digunakan untuk membayar sewa rumah mereka, yang seluas 660 kaki persegi, sebanyak RM250 sebulan.

Irwan meninggalkan seorang isteri, 7 anak berusia antara 2 hingga 17 tahun dan bakal menimang seorang lagi cahaya mata.

 

Bapa beri lambaian terakhir sebelum terjun dari tingkat 4


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments