Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Malaysia mahu keadilan untuk MH17, tidak akan lupakan tragedi

 | July 17, 2017

PM menegaskan Malaysia akan teruskan usaha mendakwa pelaku yang menembak jatuh pesawat dan meragut nyawa semua penumpang dan anak kapal.

najib-mh17-1

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengulangi desakan Malaysia untuk keadilan bagi mangsa tragedi penembakan jatuh pesawat Malaysia Airline (MAS) penerbangan MH17, di timur Ukraine 3 tahun lepas.

“Ia tetap menjadi keutaman kami untuk mendapatkan keadilan bagi keluarga mereka yang terkorban. Kami akan meneruskan usaha dan mendakwa pelaku perbuatan kejam yang melampau ini. Ini adalah satu tragedi yang Malaysia tidak akan lupakan,” kata Najib melalui posting dalam laman Twitter dan Facebook hari ini.

Najib juga merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada keluarga mangsa atas tragedi itu.

“Pada hari ini, 3 tahun lalu, 298 orang yang tidak berdosa terkorban apabila pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 ditembak jatuh. Kita kehilangan 43 rakan kita sebagai rakyat Malaysia pada hari itu. Bagi mereka yang kehilangan orang tersayang, ingatan kepada mereka tidak akan luput.

“Malaysia berdiri teguh bersama anda,” kata beliau.

Pesawat MH17 ditembak jatuh di ruang udara di timur Ukraine pada 17 Julai, 2014, mengorbankan semua 298 orang yang menaiki penerbangan itu. Mangsa tragedi ialah dari Belanda, Malaysia, Australia, Indonesia, Britain, Belgium, Jerman, Filipina, Kanada dan New Zealand.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments