Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

MTUC berdepan krisis selepas pertikaian status setiausaha agung

 | July 17, 2017

Pimpinan MTUC memutuskan untuk mengadakan semula pemilihan kerusi naib presiden sektor swasta ekoran status calon tidak sah keahlian.

halim-mansor-mtuc

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) membuat keputusan mengejut dengan mengarahkan pemilihan jawatan setiausaha agung diadakan semula – perkembangan yang menurut beberapa pemimpin kesatuan gabungan bakal membuka ruang kepada krisis kepimpinan terbaharu.

Turut diputuskan adalah pemilihan semula membabitkan jawatan naib presiden sektor swasta.

Perkara itu diputuskan oleh Majlis Am MTUC semalam ekoran pertikaian mengenai status 2 calon yang bertanding pada pemilihan lalu. Kedua-dua calon itu didapati tidak sah status kerana bukan ahli kesatuan sekerja mereka wakili.

FMT difahamkan keputusan itu bakal mengheret MTUC ke fasa krisis kepimpinan sebagaimana disaksikan sebelum ini.

Malah, FMT difahamkan ada pihak yang hendak membawa isu itu ke mahkamah sebagaimana disaksikan apabila Abdul Halim Mansor, kini presiden MTUC, digugurkan dari jawatan setiausaha agung tetapi kembali ke kedudukan asalnya susulan keputusan mahkamah lebih 4 tahun lalu.

Pada pemilihan November lalu, jawatan setiausaha agung ditandingi oleh J. Solomon, N. Gopal Kishnam dan Mohamed Dauzkaply.

Solomon menerima 189 undi, Gopal (169) dan Mohamed (165). Gopal Kishnam merupakan setiausaha agung ketika itu.

Dalam pada itu, Kamarul Baharin Mansor berjaya muncul sebagai salah seorang naib presiden sektor swasta.

Oleh kerana status Kamarul Baharin dan Mohamed menjadi isu, Majlis Am mempertimbangkan 3 opsyen iaitu membentuk sebuah jawatankuasa bagi menyiasat isu keahlian, mengadakan semula pemilihan bagi kesemua jawatan MTUC atau mengadakan pemilihan hanya bagi jawatan setiausaha agung dan naib presiden sektor swasta.

Majlis Am yang dipengerusikan oleh Halim memutuskan opsyen mengadakan pemilihan semula bagi jawatan setiausaha agung dan naib presiden sektor swasra.

‘Tiada krisis’

Halim ketika dihubungi FMT berkata, keputusan mengarahkan jawatan setiausaha agung diadakan semula bukan 1 krisis buat MTUC.

“Tiada krisis dan apa yang berlaku bukannya krisis. Sebenarnya terdapat perwakilan yang menjadi calon bertanding pada pemilihan lalu didapati tidak layak atas sebab teknikal.

“Apabila tidak layak bertanding, maka berlakunya ketidakadilan untuk calon-calon bertanding pada pemilihan lalu, sekali gus menyebabkan pemilihan lalu tercemar,” kata beliau.

Katanya: “Tidak ada isu mahu jatuhkan sesiapa. Keputusan Majlis Am diputuskan secara kolektif. Ia bukan diputuskan secara bersendiri. Dia (Solomon) tahu keputusan ini.”

“Kita tidak mahu ketidakadilan berlaku kepada dua-dua pihak (Solomon dan Gopal). Jika kesilapan diketahui lebih awal, kemungkinan besar undian boleh dilakukan kepada Soloman dan Gopal sahaja.”

Halim berkata, pemilihan semula dijangka akan dilakukan dalam masa 30 hari.

Jelasnya, Solomon masih memegang kedudukan sebagai setiausaha agung sehingga pemilihan dilakukan memandangkan tiada bantahan daripada Majlis Am.

“Memang dia (Solomon) akan bertanding semula. Kali ini pertandingan hanya melibatkan mereka yang bertanding pada November lalu iaitu Solomon dan Gopal sahaja.”

Mengulas lanjut, Halim berkata, kedua-dua calon yang tidak layak bertanding hadir mesyuarat semalam dan memohon maaf atas kesilapan mereka.

“Tiada perbalahan berlaku. Bahkan mereka (2 calon yang tidak layak) mengakui kesalahan dan sifatkan mereka tidak sedar dengan kesilapan dilakukan,” katanya.

Halim berkata, situasi ini bukanlah perkara baharu dalam MTUC memandangkan perkara sama pernah berlaku pada 2010 dan 2013 apabila setiausaha agung digugurkan.

Pada penggal 2008-2010, MTUC membawa isu jawatan setiausaha agung ke mahkamah bahkan memohon pemilihan untuk jawatan itu dilakukan dalam masa 60 hari.

Sementara itu, pada Mac 2013, MTUC bertindak menggugurkan jawatan setiausaha agung yang ketika itu dipegang Halim sendiri.

Solomon sewaktu dihubungi secara ringkas berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan hari ini.

Incumbent MTUC president, secretary-general ousted in polls


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments