Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Najib komited sediakan ‘infrarakyat’ kelas dunia

 | July 17, 2017

Sepanjang hari ini, Najib menyentuh 2 prasarana yang dicanangkannya sebagai 'infrarakyat' seperti MRT dan TNB.

najib-razak-tnb-mrtKUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tekad menyediakan prasarana berkelas dunia untuk rakyat, atau digelarnya “infrarakyat”, selepas melancarkan fasa ke-2 Transit Aliran Massa (MRT) dan memuji Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini.

Berucap di Majlis Mesra Aidilfitri TNB 2017, Najib memuji MRT yang memanfaatkan teknologi canggih untuk pengangkutan rakyat, dan pengukuhan kedudukan TNB dalam senarai 50 jenama utiliti terkemuka dunia.

“Pagi tadi (ketika pelancaran MRT), saya gelarkannya sebagai ‘infrarakyat’ – teknologi canggih dan tren tanpa pemandu. TNB juga tergolong dalam tanggungjawab menyediakan ‘infrarakyat’ yang penting. Berdasarkan pencapaian kebelakangan ini dan kepakaran yang ada, saya yakin TNB mampu (menjadi) organisasi berkelas dunia dalam menyediakan ‘infrarakyat’,” katanya.

Hari ini bermulanya operasi fasa ke-2 MRT Laluan Semantan-Kajang, yang berintegrasi dengan laluan Transit Aliran Ringan (LRT) dan monorel, dan lanjutan daripada fasa ke-1 MRT Laluan Sungai Buloh-Semantan.

Laluan 51 kilometer itu merangkumi 31 stesen dan akan memberi manfaat kepada kawasan berpenduduk tinggi seperti Cochrane dan Bandar Tun Hussein Onn, 40 buah sekolah dan institusi di sepanjang laluan dan destinasi pelancongan seperti Muzium Negara dan Pasar Seni.

Brand Finance Global 2017 Mac lalu meletakkan TNB di tangga ke-24 dalam senarai 50 jenama utiliti terkemuka dunia, memuji langkah TNB menjamin kapasiti penjenamaan antarabangsa dan pengambilalihan 30% pegangan dalam syarikat India, GMR Energy Ltd tahun lalu.

Menurut Najib, nilai jenama TNB mencatatkan peningkatan ketara sebanyak 33%, dengan nilai RM7 bilion berbanding RM5.26 bilion tahun lalu.

“Kedudukan TNB melonjak walaupun lebih separuh daripada jenama yang tersenarai menurun dari segi nilai, termasuk (syarikat utiliti) Perancis dan Itali,” katanya, dan menggesa TNB mengukuhkan lagi kedudukan mereka di Bursa Malaysia.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments