Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Nazri akan sokong Jamal Yunos untuk jawatan ketua Pemuda

 | July 17, 2017

Nazri percaya ketua Umno Sungai Besar itu boleh bertanding jika Khairy melepaskan jawatan.

nazri-jamal-umno

KUALA LUMPUR: Ketua Umno bahagian Jamal Md Yunos calon terbaik untuk menggantikan Khairy Jamaluddin sebagai ketua pemuda Umno, kata ahli majlis tertinggi parti, Datuk Seri Nazri Aziz.

“Mengapa tidak? Sekiranya Khairy tidak bertanding (untuk jawatan itu pada pemilihan parti akan datang), maka Jamal boleh melakukannya.

“Apa masalahnya? Saya fikir beliau calon baik,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Sinar Harian hari ini melaporkan Jamal menyatakan hasratnya bertanding jawatan Pemuda jika Khairy tidak mahu lagi.

Ketua Umno Sungai Besar itu berkata langkah itu antara pilihannya jika tidak ada kerusi Parlimen atau DUN untuknya pada pilihan raya umum ke-14.

“Jika Budiman Mohd Zohdi bertanding untuk kerusi Parlimen Sungai Besar, Datuk Imran Tamrin untuk kerusi DUN Sungai Panjang dan cikgu Samad Wahab di kerusi DUN Sekinchan, jadi di mana ketua Umno Sungai Besar boleh bertanding?

“Jika tidak ada tempat di Sungai Besar, ketua bahagian mahu bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno,” katanya dipetik sebagai berkata.

Nazri berkata jika Jamal mahu jawatan tersebut sebagai ahli Umno, boleh bergantung kepada sokongannya.

“Jika beliau datang berjumpa saya, saya akan menyokongnya. Tetapi beliau tidak datang berjumpa saya lagi. Tak mengapa. Ia adalah haknya.”

Khairy memimpin Pemuda Umno sejak 2008 namun membayangkan kemungkinan akan melepaskan jawatan itu.

“Saya tidak akan berada di sini (jawatan ketua Pemuda) selama-lamanya…Saya sudah berusia 37 tahun,” katanya dilaporkan dalam media.

Timbalan Khairy Khairul Azwan Harun, yang merupakan calon pilihan untuk menggantikannya, enggan mengulas kenyataan Jamal.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments