Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

 | July 17, 2017

Unit tempatan mencatatkan 4.2860/2890 berbanding dolar daripada 4.2910/2940 harga penutup Jumaat.

ringgit-dollar

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini apabila pelabur beralih minat kepada mata wang negara pesat membangun, termasuk nota tempatan, kata peniaga.

Pada 6.00 petang, unit tempatan mencatatkan 4.2860/2890 berbanding dolar daripada 4.2910/2940 harga penutup Jumaat.

Ketua Strategi Pemasaran FXTM Hussein Sayed berkata dolar AS menyusut sejak awal 2017 walaupun melalui 2 kenaikan kadar faedah, masing-masing pada Mac dan Jun.

“Namun, sejak kebelakangan ini data ekonomi yang lemah menyebabkan pelabur mempersoalkan trajektori dan tahap tempoh kenaikan kadar faedah,” katanya.

Sayed berkata kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan Janet Yellen kepada Kongres pada Rabu dan Khamis tidak banyak membantu dolar.

“Beliau tidak yakin bahawa inflasi berada pada kedudukan yang betul dan indeks harga pengguna yang tidak berubah pada Jumaat, menimbulkan kebimbangan bahawa Fed mungkin tidak lagi menaikkan kadar faedah tahun ini.

Ringgit didagangkan rendah berbanding mata wang utama yang lain kecuali dolar.

Ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.1310/1343 daripada 3.1210/1243 pada Jumaat dan rendah berbanding yen kepada 3.8108/8138 daripada 3.7886/7926.

Sementara itu, unit tempatan rendah berbanding pound kepada 5.6039/6092 daripada 5.5624/5667 dan lemah berbanding euro kepada 4.9113/9152 daripada 5.8977/9016, sebelumnya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments