Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Sekali lagi, Mahfuz beri kenyataan cabar pendirian partinya

 | July 17, 2017

Ahli Parlimen PAS itu memuji PH sebagai harapan buat rakyat Malaysia.

Mahfuz-Omar-pakatan-harapan-phPETALING JAYA: Datuk Mahfuz Omar hari ini sekali lagi mengambil pendirian berlawanan daripada partinya PAS, dengan mengucapkan tahniah kepada barisan Pakatan Harapan (PH) yang diumumkan minggu lepas.

“Insya Allah, PH akan menjadi kuasa baru politik Malaysia pada PRU14 akan datang,” kata ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Beliau berharap PH yang terdiri daripada gabungan tokoh kepimpinan dari pelbagai latar belakang dan pengalaman akan menggerakkan rakyat Malaysia ke depan.

“Saya harap PH akan bertekad untuk mengubah masa depan Malaysia dengan agenda perubahan yang jelas,” kata Mahfuz, yang sebelum ini diselar pemimpin PAS kerana sering mengambil pendirian tidak sehaluan dengan pimpinan parti.

Mahfuz berkata PH perlu merangka agenda yang lebih konkrit dan terperinci di dalam manifesto PH untuk mengubah institusi keadilan, sambil menggesa kaum Melayu tidak terpengaruh dengan isu perkauman.

“PH dan parti-parti komponen PH sewajarnya membawa ‘politik baru’ dalam pengurusan dan pendekatan kepimpinan,” katanya.

Khamis lepas, gabungan 4 parti di bawah PH mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin tertinggi, di samping memilih logo baharunya yang akan digunakan pada pilihan raya umum akan datang.

Anwar, Dr M ketuai Pakatan, logo ‘gunung’ jadi pilihan


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments