Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Selepas dakwa DAP dipinggir, kini Salleh anggap DAP kawal PH

 | July 17, 2017

Barisan kepimpinan diumumkan PH ialah helah untuk memancing undi Melayu, kata menteri komunikasi itu.

salleh-dap-ph

PETALING JAYA: Datuk Seri Salleh Said Keruak yang sebelum ini mendakwa barisan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) meminggirkan DAP, kini berkata kuasa untuk menentukan perdana menteri sekiranya pembangkang menang berada di tangan parti tersebut.

“DAP mempunyai kerusi terbanyak. Ini bermakna DAP akan menentukan siapa menjadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri, bukan Tun Dr Mahathir Mohamad or Datuk Seri Anwar Ibrahim, seperti yang cuba mereka cadangkan,” kata menteri komunikasi dan multimedia itu dalam blognya.

Khamis lalu, PH setuju melantik Anwar dan Dr Mahathir masing-masing sebagai ketua umum dan pengerusi gabungan 4 parti, sementara Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik menjadi presiden.

Dr Mahathir juga membayangkan 4 parti itu sudah setuju melantik Anwar sebagai perdana menteri sekiranya menang pilihan raya umum akan datang, bagaimanapun berkata ia selepas pelbagai proses membebaskannya daripada penjara diselesaikan oleh “perdana menteri ke-7”, merujuk pengganti Datuk Seri Najib Razak.

Salleh sebelum ini mempersoalkan barisan kepimpinan PH, kerana tidak ada wakil DAP untuk 3 jawatan teratas.

“Apakah DAP dipinggirkan atau ini sengajakan supaya pakatan ini dilihat sebagai didominasi oleh orang Melayu?” soalnya Jumaat lalu.

Semalam, Salleh berkata PH cuba “menyembunyikan” fakta dominasi DAP dalam PH, dengan berkata ia rancangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

“Kit Siang mahu orang Melayu berfikir bahawa perdana menteri dan timbalan perdana menteri akan kekal orang Melayu. Dia tahu inilah satu-satunya cara PH mendapatkan undi orang Melayu,” kata Salleh.

DAP dipinggirkan, PH ‘tak sama BN’, kata Salleh


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments