Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Kami kecil tapi tidak akan dibuli, kata menteri luar Singapura

 | July 18, 2017

Beliau memberikan contoh bagaimana republik itu menjadi sasaran Washington lebih 2 dekad lalu kerana menjalankan hukuman sebat ke atas seorang remaja Amerika.

Vivian-Balakrishnan

PETALING JAYA: Singapura berkata negara kecil sepertinya perlu menjadi kuasa menggerunkan supaya tidak dibuli, di samping tegas mempertahankan kedaulatan undang-undang dan menolak sebarang kompromi kepentingan negara semata-mata untuk mengadakan hubungan baik dengan kuasa luar.

Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan berkata salah satu prinsip yang perlu diikuti republik itu ialah ia perlu berkawan dengan semua dan tidak memusuhi sesiapa.

Tetapi itu tidak bermakna negara itu berkompromi dalam soal kedaulatannya, beliau memberitahu 200 pegawai diplomatik dan kerajaan.

“Kita tidak akan berkompromi kepentingan negara hanya kerana mahu menjalinkan hubungan baik. Maka apabila pihak lain membuat tuntutan tidak masuk akal yang mengancam kepentingan negara, kita mesti nyatakan kedudukan dan tegas mempertahankan prinsip,” katanya dipetik akhbar The Straits Times.

Balakrishnan memberi contoh insiden pada 1994 melibatkan seorang remaja Amerika Syarikat, Michael Fay, yang dihukum sebat oleh mahkamah Singapura selepas didapati bersalah mencuri dan melakukan kerosakan awam seperti menyembur cat ke atas kereta.

Hukuman yang dijatuhkan ke atas Fay dikutuk Washington, sementara presiden ketika itu Bill Clinton menganggapnya keterlaluan. Walaupun mendapat tekanan daripada senator AS untuk mengecualikan Fay daripada disebat, ia tetap dijalankan, mengundang kecaman terhadap Singapura daripada media AS.

Balakrishnan turut memberi contoh hukuman gantung yang dijalankan negara itu pada 1968 ke atas 2 warga Indonesia yang disabitkan bersalah terlibat dalam serangan ke atas MacDonald House di Singapura.

“Anda bayangkan keberanian pemimpin pada 1968, untuk bertegas dan melakukan sesuatu yang betul pada ketika itu?” katanya.

Beliau berkata kedua-dua episod itu melakarkan batasan dan mesej yang jelas yang Singapura tidak akan bertolak ansur dalam mendaulatkan undang-undang dan mempertahankan kemerdekaannya.

“Kita tidak boleh diugut sehingga tunduk,” tambahnya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments