Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Hotel Felda: SPRM arah tangkapan segera

 | July 20, 2017

SPRM mengarahkan tangkapan beberapa individu yang terlibat dalam pembelian hotel 4 bintang di London, yang dipercayai lebih tinggi dari harga asal.

Dzulkifli-Ahmad-ficCYBERJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengarahkan tangkapan segera beberapa individu yang terlibat dalam pembelian hotel 4 bintang di London oleh Felda Investment Corporation (FIC), dipercayai lebih tinggi dari harga asal.

Ketua Pesuruhjaya Datuk Dzulkifli Ahmad enggan memberitahu bilangan dan jawatan individu yang akan ditangkap itu, namun tidak menolak kemungkinan ia akan membawa kepada tangkapan lanjut.

“Selepas tangkapan kita akan ada siasatan lanjut sekiranya ada keperluan dan kalau ada keperluan untuk tangkap lagi kita akan buat,” katanya selepas menghadiri majlis pelancaran drama bersiri yang dijayakan dengan kolaborasi SPRM di Cyberjaya hari ini.

SPRM membuka kertas siasatan ke atas pembelian sebuah hotel di Kensington, London antara tahun 2013 dan 2015 oleh FIC, yang dipercayai pada harga jauh lebih tinggi berbanding harga asal hingga menyebabkaan anak syarikat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengalami kerugian jutaan ringgit.

Siasatan ini susulan maklumat yang diperoleh dalam siasatan SPRM terhadap Felda.

Ditubuhkan pada 2013, FIC adalah cabang pelaburan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dengan tumpuan kepada sektor hartanah, keraian dan minyak dan gas.

FIC dilaporkan membeli sebuah hotel 4 bintang di Kensington, London pada £60 juta (RM330 juta) pada 16 Disember 2014.

Pengerusi Felda ketika itu, Tan Sri Mohd Isa Samad dilaporkan berkata pembelian Grand Plaza Kensington itu sebahagian daripada “langkah strategik” FIC untuk mempelbagaikan aset dan memastikan ia dapat “memaksimumkan pulangan pelaburan” syarikat.

Pembelian itu menjadi pelaburan ke-12 FIC dalam portfolio keraian, selepas Felda membayar £98 juta (RM538 juta) untuk sebuah pangsapuri perkhidmatan 198 unit di Bayswater, London pada 2013.

ANAK gesa tubuh RCI untuk siasat Felda

SPRM siasat Felda beli hotel 4 bintang di London


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments