Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Gantung sementara program perubatan swasta, kata penganalisis

 | July 21, 2017

Penganalisis kanan Penang Institute berkata lambakan permintaan penempatan doktor pelatih berlaku kerana peningkatan program perubatan swasta.

Lim-Chee-HanKUALA LUMPUR: Sebuah badan pemikir mencadangkan kerajaan mengenakan moratorium ke atas bilangan program perubatan diakreditasi yang ditawarkan kolej dan universiti swasta bagi mengatasi kekurangan penempatan doktor pelatih.

Penang Institute hari ini berkata lambakan permintaan terhadap penempatan, yang tidak dapat dibendung kerajaan, disebabkan peningkatan program yang ditawarkan di institusi berkenaan.

“Pemacu utama di sebalik peningkatan bilangan pelajar perubatan yang menamatkan pengajian dari institusi swasta tempatan kerana adanya peningkatan mendadak dalam bilangan program perubatan diakreditasi yang ditawarkan oleh kolej dan universiti berkenaan.

“Sayangnya, permintaan untuk penempatan kini berlebihan berbanding kekosongan penempatan yang ada di hospital awam,” kata penganalisis kanan Lim Chee Han pada sidang akhbar hari ini.

Menurut Lim, jumlah institusi swasta tempatan diakreditasi meningkat dari sifar hingga 18 buah dalam tempoh 2 dekad.

Beliau menambah 9 lagi program di institusi swasta diberi akreditasi sementara pada 2015, menurut laporan tahunan Majlis Perubatan Malaysia.

Beliau mendakwa bilangan graduan perubatan akan terus meningkat jika kerajaan tidak menghadkan program perubatan diakreditasi yang ditawarkan.

Beliau berkata, kekurangan antara penawaran dan permintaan untuk penempatan pada 2014 mencapai tahap tertinggi iaitu 880 berbanding 351 pada 2012.

“Untuk menampung kekurangan ini, kementerian kesihatan perlu membina lebih banyak hospital baru dan menaikkan taraf hospital kecil sedia ada.

“Mereka juga perlu melatih lebih ramai pakar yang boleh melatih pelatih perubatan ini. Semua ini memerlukan perancangan dan pengurusan jangka panjang,” katanya.

Lim berkata kekurangan penempatan doktor pelatih diburukkan lagi oleh penurunan kadar graduan atau kadar “gantian” doktor pelatih sedia ada.

Beliau berkata terdapat penurunan jumlah pelatih yang sepatutnya melengkapkan latihan mereka dalam masa 2 tahun.

“Rekod Daftar Perubatan yang diambil dari pelatih yang didaftarkan sementara dari 2008 hingga 2014 menunjukkan sejak 2009, peratusan pelatih yang menamatkan program dalam tempoh 24 bulan turun dari 84.6% pada 2009 kepada 58.8% pada 2014.

“Adalah diketahui dalam ciciran pada 2011, 59.1% graduan institusi perubatan asing.

“Sementara itu, graduan institusi awam dan swasta tempatan masing-masing mempunyai kadar ciciran sebanyak 18.1% dan 22.8%,” katanya.

Ini menimbulkan kebimbangan mengenai graduan luar negara sama ada mereka cukup cekap untuk mengambil dan mengatasi cabaran yang dihadapi semasa latihan, katanya.

Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia Dr Abdul Jalil Nordin baru-baru ini menunjukkan kes beribu-ribu graduan perubatan yang masih mencari penempatan latihan.

“Tahun lepas, terdapat kelewatan yang panjang dalam pemberian penempatan kepada kira-kira 3,000 graduan perubatan. Walaupun selepas 6 bulan, 1,000 lagi tidak mendapat tempat.

“Terdapat 3,000 lagi tahun ini mencari tempat latihan,” katanya kepada FMT.

DAP gesa penyelesaian jangka panjang tangani lebihan bekalan doktor


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments