Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Jamal akan dedah kelayakannya untuk ketuai Pemuda Umno

 | July 21, 2017

Jamal Yunos berkata, setiap individu mempunyai kelebihan masing-masing dan berhak menawarkan diri mengetuai sayap Umno itu walaupun tidak memiliki kelulusan Universiti Oxford.

VIDEO INSIDE

jamal-yunos-umno-1SUNGAI BULOH: Datuk Seri Jamal Yunos berjanji akan mendedahkan kelayakan akademiknya, Ahad ini, untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno bagi menggantikan Khairy Jamaluddin yang berhasrat berundur.

“Saya akan jawab pada 23 Julai ini di perasmian Pemuda Umno Pandan di Hotel Flamingo, Ampang. Saya akan tunjukkan profil saya semua di sana,” katanya pada sidang media selepas menaiki MRT selama sejam dari Stesen Kajang ke Sungai Buloh, hari ini.

Ketua Umno bahagian Sungai Besar itu berkata, setiap individu mempunyai kelebihan masing-masing dan berhak menawarkan diri mengetuai sayap Umno itu walaupun tidak memiliki kelulusan Universiti Oxford.

“Masing-masing ada kelebihan, semua pemimpin ada kelebihan dan saya tak pernah perlekeh Khairy.

“Saya hormat beliau sebagai tokoh orang muda dan ketua Pemuda dalam negara ini. Beliau ada kejayaan sendiri, tetapi sesiapa pun boleh menawarkan diri.

“Saya rasa saya pun ada hak menawarkan diri sebagai calon ketua Pemuda Umno sebab dalam ucapan di Perhimpunan Agung Umno sebalum ini, Khairy kata ini penggal terakhir beliau.”

 

Ahad lalu, Jamal menyuarakan hasratnya memimpin Pemuda Umno, jika Khairy melepaskan jawatannya.

Katanya, langkah itu antara pilihannya jika tidak dicalonkan bertanding di mana-mana kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-14.

Ahli politik yang terkenal dengan gimik tunjuk perasaan terhadap kerajaan Selangor itu mendapat sokongan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz tetapi disindir parti pembangkang.

 

Idea hebat, Mukhriz sindir Jamal tanding jawatan ketua Pemuda Umno


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments