Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Jadi proaktif, kata menteri kepada pemandu pelancong Sabah

 | July 24, 2017

Masidi Manjun berkata mereka perlu gilap kemahiran bahasa dan menambahbaik diri masing-masing.

masidi-tour-3

KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Masidi Manjun menggesa pemandu pelancong jangan hanya bergantung kepada kerajaan untuk bertahan dalam industri pelancongan.

Beliau menggesa mereka supaya proaktif mengekalkan daya saing.

Kira-kira 40 pemandu pelancong menunjuk perasaan baru-baru ini terhadap dakwaan kewujudan pemandu pelancong haram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Mereka percaya keberadaan pemandu pelancong warga asing “tidak berlesen” itu menganggu mata pencarian mereka tetaapi pihak berkuasa pelancongan persekutuan tidak mengesan pemandu pelancong tidak berlesen itu.

Dilaporkan tunjuk perasaan itu menyebabkan berpuluh pelancong China terkandas di balai ketibaan dan menyebabkan kekesalan kementerian pelancongan negeri dan persekutuan kerana pemandu pelancong mereka lari apabila ternampak penunjuk perasaan.

FMT baru-baru ini melaporkan Persatuan Pemandu Pelancong Sabah merancang untuk menghimpunkan senarai masalah dan keperluan ahli mereka dan membawa senarai itu ke pihak berkuasa Sabah.

Masidi merasakan pemandu pelancong harus sentiasa menambah baik diri masing-masing dengan mempelajari bahasa asing supaya syarikat pelancongan tiada sebab untuk mengambil pemandu pelancong warga asing tanpa lesen.

“Tak boleh tepuk sebelah tangan. Bukan sahaja mengenai apa yang kamu mahu tetapi juga apa yang kamu boleh sumbang kepada industri.

“Kerajaan boleh membantu kamu, tetapi kamu juga perlu bantu diri kamu juga,” kata Masidi pada sidang media di himpunan hari raya anjurannya hari ini.

“Beberapa tahun lalu, kementerian bersetuju membiayai kursus untuk pemandu pelancong belajar bahasa Korea tetapi tiada sambutan. Tidak ramai yang mahu menyertainya.

“Kamu tidak boleh mengadu kalau kamu tidak mahu menambah baik diri sendiri. Pemandu pelancong perlu tanya diri sendiri sama ada mereka sudah melakukan secukupnya untuk jadi berdaya saing.

“Mereka harus pastikan mereka sudah melakukan sebaik mungkin untuk memastikan sistem sedia ada berfungsi. Kalau ya, maka semua orang, bukan sahaja kerajaan, perlu memainkan peranan.”

Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan persekutuan di Sabah memberitahu FMT baru-baru ini yang 1 jawatankuasa akan dibentuk untuk mengkaji semula sistem pemandu pelancong sedia ada.

“Ia akan dipengerusikan setiausaha tetap kementerian Sabah untuk menambahbaik sistem pemandu pelancong,” kata Masidi.

“Kami melihat tunjuk perasaan itu secara positif. Jawatankuasa akan melihat ke arah membimbing pemandu pelancong dan peranan ejen pelancongan supaya kita boleh tambah baik mekansime yang akan memberi manfaat kepada semua pihak dalam industri ini.

“Perkara itu terletak di bawah kementerian pelancongan, tetapi saya sedia berbincang dengan mereka dan melihat cadangan dan input daripada pemandu pelancong.

“Tugas kami bukan sahaja untuk menguatkuasakan undang-undang tetapi juga untuk membantu industri berkembang. Untuk itu, kita perlukan input dari semua orang yang mempunyai kaitan dengan industri ini.

“Kita akan mengkaji keseluruhan sistem pemandu pelancong dan fi. Kementerian kami juga akan berikan pandangan tersendiri kepada pihak berkuasa persekutuan.”

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah Datuk Sazali Salbi berkata mereka akan menyiasat tunjuk perasaan itu dan menentukan sama ada terdapat salahlaku oleh agensi pelancongan dan mereka di sektor swasta.

Masidi mengalu-alukan langkah itu.

“Keprihatinan mereka terhadap industri ini sesuatu yang bagus. Bagi saya, perkara ini mudah. Apa sahaja yang boleh menambahbaik industri pelancongan saya alu-alukan,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments