Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Jamal Yunos ada senjata rahsia untuk Sekinchan

 | July 24, 2017

Ketua Umno Sungai Besar itu sudah mengerakkan jentera di DUN Sekinchan yang menyaksikan BN tewas di tangan DAP sejak 3 penggal lalu.

jamal-bn-sekinchan

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) yakin akan menawan semula kerusi DUN Sekinchan, yang kini kubu DAP, pada pilihan raya umum ke-14.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata keyakinan mereka berdasarkan kepada peralihan momentum pengundi Cina kepada BN berikutan kegagalan wakil rakyat DAP memperjuangkan kebajikan penduduk.

“Saya memberi janji kepada semua penduduk Sekinchan walaupun 3 kali DUN Sekinchan kalah tapi kali ini saya akan rampas daripada tangan DAP.

“Saya yakin 100% kemenangan bakal berpihak kepada BN dan sudah pasti kami ada senjata rahsia,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan di Kedutaan Indonesia susulan tindakan pihak berkuasa Indonesia menangkap 12 nelayan dan menunda bot mereka dari perairan negara 18 Julai lalu.

Jamal menambah pihaknya sudah mengerakkan jentera sebagai langkah menghadapi PRU-14 di DUN Sekinchan yang menyaksikan BN tewas di kerusi itu sejak 3 penggal lalu.

“Kami telah fokus untuk gerak jentera dan sekarang kami sudah berjaya mengenal pasti pengundi di Sekinchan,” katanya.

Kerusi DUN Sekinchan disandang Ng Suee Lim daripada DAP. Suee Lim menang dengan majoriti 2,239 mengalahkan Kek Seng Hooi daripada BN (MCA) pada PRU-13. DUN Sekinchan mempunyai seramai 16,247 jumlah pengundi.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments