Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Janji sejuta peluang pekerjaan, rumah setiap keluarga oleh Pemuda PH

 | July 25, 2017

Ia merupakan antara tawaran Pakatan Harapan diumumkan pemimpin sayap pemuda gabungan itu.

Pakatan-Harapan,-manifesto,-PRU14KUALA LUMPUR: Pemuda Pakatan Harapan (PH) hari ini berjanji akan menumpukan perhatian untuk menambah peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada lebih 3 juta pekerja asing.

Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil berkata pemuda PH akan memastikan kadar gaji minima akan ditingkatkan daripada RM1,000 kepada RM1,500 dalam usaha menarik minat rakyat tempatan bekerja dalam sektor pekerjaan yang dikategorikan sebagai “3D”, iaitu kotor, sukar dan bahaya.

Faiz berkata tidak benar golongan muda terlalu memilih pekerjaan sehingga memaksa majikan mengambil pekerja asing untuk bidang 3D, seperti didakwa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Zahid cakap rakyat Malaysia tidak minat melibatkan diri dalam sektor 3D. Saya rasa kenyataan itu tidak berasas,” katanya pada sidang media Pemuda PH di Wisma Amanah hari ini.

Turut hadir ialah ketua Pemuda semua parti komponen PH, iaitu Sany Hamzan (Amanah), Wong Kah Woh (DAP) dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (PPBM).

Faiz berkata dengan meningkatkan gaji minima, Malaysia dapat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

“Pemuda Pakatan Harapan percaya sekiranya kuota-kuota pekerjaan ini diisi semula oleh warga tempatan dengan syarat gaji dan waktu bekerja mematuhi perintah gaji minima kebangsaan dan undang-undang berkaitan buruh.”

Faiz berkata PH menyasar untuk mengurangkan 3 juta pekerja asing di Malaysia menjelang tahun 2025.

Menurutnya, PH menawarkan sejuta peluang pekerjaan kepada golongan belia dan OKU.

Sementara itu, Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mengakui isu kebanjiran pekerja asing sukar diatasi memandangkan kebanyakan majikan mahu mengurangkan kos.

“Tindakan pemutihan secara telus perlu dilaksanakan untuk memastikan pihak majikan tidak melanggar peraturan dan syarat,” katanya.

Satu keluarga satu kediaman

Selain peluang pekerjaan, pemuda PH turut berjanji menawarkan kediaman sempurna yang mampu dimiliki setiap rakyat Malaysia.

Katanya, hampir sejuta rumah mampu milik dengan harga antara RM250,000 dan RM300,000 akan ditawarkan menjelang 2020.

“Sasaran 1 juta rumah mampu milik yang disarankan pemuda PH adalah sejajar dengan saranan kerajaan dalam Rancangan Malaysia ke-11 yang hari ini gagal dicapai oleh kerajaan rejim BN.

“Pemuda PH secara konsisten menegaskan bahawa kerajaan Umno, BN gagal memandu dasar perumahan negara, ia bertepatan dengan pandangan Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi program ‘Dialogue on Sustainable Development of Affordable Housing’ yang melontarkan kebimbangan akan kecelaruan dasar perumahan yang wujud pada hari ini,” kata pemuda PH.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments