Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pemuda Umno halang PPBM serah ‘jemputan khas’ kepada Najib

 | July 25, 2017

Keadaan tidak terkawal itu memaksa campur tangan polis dan ahli Pemuda PPBM mencari perlindungan di dalam Putra Sunway Mall.

VIDEO INSIDE

umnonothing714_5

PETALING JAYA: Kekecohan berlaku di Sunway Putra Mall, ibu negara, hari ini dengan kehadiran hampir 200 ahli Pemuda Umno yang terbabit dalam pergelutan dengan sekumpulan ahli Pemuda PPBM.

Keadaan tidak terkawal itu memaksa campur tangan polis dan ahli Pemuda PPBM mencari perlindungan di dalam pusat beli-belah itu.

Pertembungan 2 kumpulan itu bermula sekitar 2.30 petang, apabila ahli Pemuda PPBM bersedia meninggalkan pusat beli-belah itu dan menuju ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk menyerahkan “jemputan khas” ke forum “Nothing to Hide 2.0” kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Tetapi, sebelum sempat meninggalkan premis Starbucks, tempat mereka makan tengah hari, sekumpulan ahli Pemuda Umno muncul dan menghalang mereka keluar dari premis itu.

Pergelutan menyusul.

umno3

Ahli Pemuda PPBM mendakwa mereka ditumbuk dan ditendang, tetapi dakwaan itu disangkal ahli Pemuda Umno yang berkata, ia hanya membabitkan “tolakan dan asakan”.

Polis berjaya meleraikan kedua-dua kumpulan itu dan mengiringi ahli PPBM ke sebuah lokasi tidak diketahui. Kumpulan ahli Pemuda Umno kemudiannya memasuki pusat beli-belah itu untuk mencari ahli Pemuda PPBM.

Walaupun gagal dalam misi pencarian itu, ahli Pemuda Umno bagaimanapun melaungkan “1-0 untuk kami”.

Mereka kemudiannya berarak ke PWTC sambil bersorak dan mengucapkan tahniah kepada satu sama lain.

“Lain kali, sebelum mereka berani datang ke rumah kami, mereka patut bersiap sedia,” kata salah seorang pemimpin kumpulan itu menerusi mikrofon.

Exco Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah memuji keberanian kumpulan lelaki itu dan membanggakan parti.

Minggu lalu, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad mempelawa Najib ke forum ke-2 “Nothing to Hide” pada 13 Ogos ini di Shah Alam, untuk menjawab segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap mereka berdua.

Walaupun Najib belum memberi maklum balas terhadap jemputan Dr Mahathir itu, pemimpin Umno bagaimanapun tampil bersuara bagi pihaknya.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyifatkan Dr Mahathir “tidak betul” kerana mencabar Najib berdebat dan beliau tidak tahu apa yang ingin dicapai pengerusi Pakatan Harapan itu melalui perdebatan tersebut.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa Najib tidak perlu melayan cabaran Dr Mahathir kerana ia sekadar membuang masa perdana menteri.

Forum “Nothing To Hide” julung kali dianjurkan pada 5 Jun 2015 di ibu pejabat Umno.

Najib dijadualkan menghadiri forum itu dan menjawab pertanyaan umum, namun ia kemudiannya dibatalkan selepas Dr Mahathir hadir untuk berucap tanpa diundang.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments