Universiti awam, syarikat, eksekutif GLC juga penerima anugerah EBA
The Times melaporkan EBA mengiklankan dirinya sebagai sebuah institusi Oxford untuk menjual hadiah dan anugerah dengan harga sehingga £9,300 (RM52,000).
The Times mendakwa EBA, yang dikendalikan oleh ahli perniagaan Ukraine, menggunakan nama dan reputasi Universiti Oxford yang terkenal untuk memberikan penghargaan kepada mereka yang membayar sejumlah wang.
Menurut laman web EBA, tahun ini 7 syarikat Malaysia dan bos mereka disenaraikan sebagai penerima anugerah.
Antaranya syarikat utiliti tersenarai awam dan penyedia pendidikan.
Berdasarkan laporan berita Malaysia, pemenang laporan EBA yang lalu termasuk 3 universiti awam Malaysia iaitu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
USIM, UTeM dan UniMAP menerima anugerah “Universiti Serantau Terbaik” dari EBA pada 2013, menurut laporan Utusan Malaysia pada 25 Disember 2013.
Naib canselor mereka dilaporkan media tempatan memenangi “Pengurus Terbaik Tahun ini” pada tahun yang sama.
Salah seorang naib canselor dilaporkan memenangi “Saintis Terbaik” secara berasingan daripada “Sidang Kemuncak Oxford Pemimpin Sains & Pendidikan” EBA.
Seorang lagi naib canselor dilaporkan memenangi anugerah “Nama dalam Sains” juga.
Anugerah Antarabangsa Socrates EBA
Menurut laman web EBA, kumpulan itu “sebuah syarikat perkongsian sosial antarabangsa” yang ditubuhkan di Oxford, United Kingdom pada 2000.
Ia menyenaraikan pembangunan dan promosi hubungan sosial dan ekonomi antara syarikat, pelabur, pertubuhan pendidikan, bandar dan negara di seluruh dunia sebagai tujuan utamanya.
The Times melaporkan EBA mengiklankan dirinya sebagai sebuah institusi Oxford untuk menjual “hadiah dibuat-buat” seperti “Anugerah Socrates Antarabangsa” dan “Anugerah Peringatan Permaisuri Victoria” dengan harga sehingga £9,300 (RM52,000).
Laporan itu mendakwa badan EBA dikendalikan ahli perniagaan Ukraine, menyasarkan kawasan di mana orang mempunyai kuasa kewangan untuk membeli penghargaan tersebut.
Seorang bekas pekerja memberitahu The Times badan itu diarah untuk memberi tumpuan kepada pelanggan dari Timur Tengah, Eropah Timur dan Rusia “di mana adanya idea wang boleh beli kelayakan.”
EBA juga didedahkan menggunakan imej kolej Oxford dan juga tipografi yang sama dalam bahan publisiti.
Ia juga mendakwa akses “eksklusif” kepada ceramah khas dari Oxford, kata laporan itu.
Bagaimanapun, Universiti Oxford memberitahu akhbar itu yang ia tidak mempunyai hubungan dengan EBA.
“Secara luarannya, para tetamu yang berkumpul malam itu tidak mempunyai banyak persamaan.”
Wakil-wakil dari sebuah syarikat keselamatan maritim Nigeria bertemu akil presiden sebuah lombong Bulgaria.
“Pengasas sebuah sekolah antarabangsa di Malaysia bergaul dengan pengarah sebuah institut perubatan swasta India,” menurut laporan The Times, menjelaskan penganjuran majlis penyampaian anugerah itu.
Kerajaan Pulau Pinang ‘kesal’ terima anugerah palsu
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram