Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pengalaman anak angkat: ‘Saya terima hakikat siapa saya’

 | July 30, 2017

Alana Maulad Azmi berkata beliau sudah mula belajar untuk hidup seorang anak angkat dan pada masa yang sama menerima keperluan undang-undang Syariah.

success-adopt2PETALING JAYA: Belum pun setahun, seorang bayi perempuan yang tidak berdosa, tidak menyedari hakikat yang ibu dia telah menolaknya dan menyerahkan kepada pasangan Islam yang inginkan anak selepas banyak cubaan mereka mendapatkan cahaya mata gagal.

Hari ini, 26 tahun kemudian, Alana Maulad Azmi (bukan nama sebenar) menjadi usahawan yang berjaya dan bangga dengan apa yang telah dicapai walaupun stigma ia harus belajar untuk hidup selaku seorang anak angkat.

“Saya salah seorang daripada mereka,” kata Alana kepada FMT.

Katanya: “Saya terima siapa saya.”

Dilahirkan sebagai anak luar nikah, Alana menambah, dia tidak pernah merasa berbeza berbanding orang lain kerana dia tidak pernah dilayan secara berbeza, terutama oleh ibu bapanya.

Bagaimanapun Alana berhadapan dengan dengan prejudis awam ketika dia masih muda.

Dia mengingati rasa tidak enak apabila perlu mengeja namanya di dalam kelas dan menjelaskan mengapa dia tidak membawa nama ayahnya tetapi istilah “Maulad” atau “Mawla/Mawlad” seperti dieja dalam bahasa Arab, dan yang bermaksud penjaga atau pemegang amanah.

“Ia agak sukar pada mulanya sebaik sahaja anda mengetahui mengapa anda mempunyai (nama) Maulad yang dinyatakan pada kad pengenalan dan sijil kelahiran.

“Tetapi anda (akan) biasa dengannya sehingga ia tidak mengganggu anda lagi,” katanya sambil menambah, mana-mana kanak-kanak, tidak kira sama ada dilahirkan sebagai anak luar nikah atau tidak, patut mendapat layanan yang sama dan adil daripada semua.

Berdasarkan pengalaman peribadinya, Alana berkata, anak angkat seperti dirinya hanya disifatkan sebagai anak luar nikah kerana tidak dibenar membawa nama bapa.

“Persepsi masyarakat terhadap anak angkat dan kanak-kanak yang tidak sah hampir sama dan kami membawa beban stigma masyarakat.”

Bagaimanapun menurut Alana, dia tidak mengecam amalan menambah nama keluarga “bin Abdullah” kepada nama anak-anak yang tidak sah kerana ia mengikut undang-undang Syariah seperti yang dinyatakan dalam al-Quran.

“Ini adalah peraturan yang jelas dalam al-Quran, anak tidak sah taraf tidak boleh membawa nama keluarga (tidak boleh dinasabkan) dari bapa anak atau orang yang mengaku sebagai bapa kanak-kanak itu.

“Ini adalah 1 perkara yang mengesahkan status kanak-kanak dalam hal-hal warisan dan perkahwinan,” katanya sambil menambah, malu membawa nama keluarga “bin Abdullah” hanya bersifat sementara.

“Dalam Islam kita semua tahu anak tidak sah tidak dapat mewarisi apa-apa dari keluarga.

“Malah lelaki yang mengaku sebagai bapa, tidak boleh menjadi wali (penjaga) yang berkelayakan jika dia berkahwin,” katanya sambil menambah, seorang hakim dilantik sebagai penjaga untuk akad nikah di jabatan agama Islam.

Dalam keputusannya, Mahkamah Rayuan berkata Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bertindak di luar kuasanya apabila ia mengenakan nama bapa “Abdullah” untuk mendaftarkan anak luar nikah, bertentangan dengan hasrat ibu yang mahu menggunakan nama bapa anaknya.

Dalam keputusan bertulis 2 bulan selepas mahkamah membuat keputusan memihak kepada ibu bapa anak itu, mahkamah mempertikaikan amalan mengenakan “bin Abdullah” pada anak luar nikah.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli, seorang daripada 3 hakim itu, berkata Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 tidak membezakan antara kanak-kanak Islam dan bukan Islam.

“Seksyen 13A(2) tidak mengatakan anak Islam tidak sah taraf harus dilayan berbeza dengan anak bukan Islam ketika mendaftarkan nama bapa,” tulisnya.

Bagaimanapun JPN berpendirian akan terus mengenakan nama bapa “Abdullah” untuk mendaftarkan anak luar nikah sehingga kes dimuktamadkan di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Mohd Yazid Ramli menambah amalan sedia ada akan diteruskan selaras dengan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

JPN tetap guna ‘bin Abdullah’ sehingga Mahkamah Persekutuan putuskan


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments