Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pengedaran makanan sembarangan punca gelandangan ditahan

 | August 4, 2017

Dapur umum harus lebih tersusun supaya sistem pengedaran makanan boleh diwujudkan di bandaraya.

Munirah-dapur-umumPETALING JAYA: Bertambahnya dapur umum (soup kitchen) dan ketiadaan penyelarasan antara pelbagai kumpulan pengendali mendorong pihak berkuasa menjalankan penguatkuasaan ketat anti-kutu rayau, kata sebuah kumpulan amal hari ini.

Pengerusi Dapur Mesra Pertiwi Munirah Abdul Hamid mendakwa pertumbuhan mendadak dapur umur selalunya membawa kepada ketiadaan penyelasaran dan kerjasama, mengakibatkan berlakunya pembaziran makanan dan pencemaran di kawasan bandar.

“Apabila terlalu banyak dapur umum memberikan makanan kepada gelandangan, yang kadang-kadang berlangsung pada hari yang sama terutamanya pada bulan puasa, ia menyebabkan banyak makanan dibazirkan,” katanya.

“Selain itu, himpunan sampah dan makanan yang tidak dihabiskan terbiar merata, merosakkan pemandangan bukan sahaja untuk pelancong tetapi juga orang tempatan,” katanya kepada FMT.

Munirah mengulas laporan di Malay Mail Online mengenai pengendali Dapur Jalanan Kuala Lumpur yang tidak berpuas hati dengan penguatkuasaan ketat membanteras anti-kutu rayau oleh pihak berkuasa bagi memastikan ibu negara kelihatan indah menjelang Sukan SEA nanti.

Kumpulan itu mengkritik tindakan pihak berkuasa, dan mendakwa gelandangan tidak patut dilayan seperti penjenayah.

Munirah berkata meskipun program amal sukarela digalakkan, terlalu banyak pengedaran makanan yang tidak tersusun dan perkhidmatan yang bertindih membawa kepada pembaziran makanan dan kecelaruan yang tidak perlu.

Beliau berkata kerajaan sudah menetapkan 3 kawasan untuk kumpulan amal menjalankan program kebajikan mereka.

Tiga kawasan di mana gelandangan boleh mendapatkan bantuan ialah Anjung Singgah di Jalan Hang Lekiu, Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku dan Pusat Transit Gelandangan di Jalan Pahang terletak di pusat bandar.

Pada Jun beberapa NGO mengambil keputusan untuk mengurangkan pembaziran makanan di bulan Ramadan dengan mengurangkan hidangan yang diberikan kepada gelandangan.

Menurut Institut Onn Ja’afar, yang turut memberikan bantuan kepada orang miskin, hidangan yang besar antara sebab utama pembaziran makanan. Institut itu juga mendapati gelandangan sering menerima makanan daripada NGO berbeza pada hari yang sama.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments