Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

SPRM sedia panggil Dr M jika siasat dakwaan RM230 juta Zahid

 | August 4, 2017

Ia susulan dakwaan bekas ketua pemuda Umno itu pernah memberitahu Dr Mahathir mengenai harta yang dimilikinya.

mahathir-sprmPUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan memberi sebarang komen berhubung dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempunyai RM230 juta dalam akaun banknya pada 1996.

Sebaliknya, Timbalan Pesuruhjaya Bahagian Pengurusan dan Profesional SPRM, Datuk Seri Jamidan Abdullah, berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dakwaan Dr Mahathir kemudian.

Katanya setakat ini tidak ada sebarang arahan untuk SPRM membuka kertas siasatan berhubung perkara itu.

“Kemudianlah kami komen, tiada masalah,” katanya sambil menyatakan kesediaan memanggil Dr Mahathir memberi keterangan lanjut.

Jamidan sebelum itu hadir pada Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di sini.

Selasa lepas, Dr Mahathir membangkitkan pengisytiharan harta yang dibuat Zahid ketika dilantik sebagai ketua Pemuda Umno, termasuk memiliki RM230 juta dalam akaun banknya.

Bagaimanapun, Mahathir mengakui tiada bukti hitam putih berhubung dakwaannya.

“Pada masa itu, dia (Zahid) beri laporan mulut kepada saya, saya tidak ambil berat perkara itu.

“Dia bagi penerangan kononnya hasil perniagaan, walaupun saya ragu-ragu, saya tidak ada bukti ketika itu.

“Sekarang ini patut dia jawab dari mana dia dapat wang sebegitu banyak,” kata bekas perdana menteri itu.

 

Dr M akui tiada bukti RM230 juta dalam akaun Zahid


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments