Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Lindungi alam sekitar ketika bercuti, pesan pengusaha hotel

 | August 8, 2017

Pengurus hotel ekopelancongan menyeru pelancong asing dan tempatan melindungi alam sekitar, terutamanya semasa bercuti dan melancong.

Anthony-Wong-holidayPETALING JAYA: Seorang pengusaha hotel ekopelancongan menasihatkan pelancong tempatan dan asing memelihara alam sekitar ketika mereka bercuti atau melancong ke negara lain.

“Kita harus mula mengambil tindakan sendiri untuk memelihara alam sekitar. Jika tunggu kerajaan melakukannya untuk kita, ia mungkin terlalu lambat,” kata Anthony Wong kepada FMT.

Beliau berkata, pelancong masih boleh menikmati percutian mereka tanpa mengabaikan kepentingan menjaga alam sekitar.

Wong mengendalikan pusat peranginan mesra alam, Frangipani Langkawi Resort and Spa, serta melatih mereka dalam industri itu.

Beliau berkongsi beberapa petua pelancong asing dan tempatan boleh menyumbang kepada usaha melindungi alam sekitar.

“Daripada membeli air mineral seperti kebanyakan orang biasa lakukan ketika di luar, pelancong patut bawa botol air sendiri.

“Mereka perlu elak guna tisu. Sebaliknya, mereka harus bawa sapu tangan sendiri.”

Berinteraksi dengan pemandu pelancong tempatan juga penting kerana mereka lebih biasa dengan kawasan setempat.

“Pelancong boleh semak dengan pihak berkuasa tempatan apa yang boleh dibantu pemandu pelancong tempatan.

“Mereka boleh mengingatkan pelancong mengenai perkara yang wajar dan tidak wajar lakukan, khasnya ketika mendaki bukit atau meredah hutan,” katanya sambil menambah ia mampu mengelakkan kejadian tidak diingini menimpa diri dan alam sekitar.

Kenyataan Wong sejajar satu laporan baru-baru ini mengenai pendapat umum rakyat Malaysia terhadap alam sekitar.

Bernard Harrison, seorang pakar zoologi terkenal antarabangsa dipetik The Star sebagai berkata, Malaysia belum mempunyai masyarakat yang prihatin terhadap alam sekitar.

“Saya boleh katakan ia bukan perkara utama difikirkan mereka. Ia adalah kebimbangan yang datang daripada pendidikan, minat dan prihatin terhadap alam sekitar.

“Kesedaran bermula dari sekolah dan ia adalah suatu kekurangan di Malaysia. Menghargai alam sekitar memerlukan masa untuk dipupuk.”

Wong juga percaya pendidikan ialah kunci ke arah melahirkan masyarakat prihatin terhadap alam sekitar yang akan menggalakkan lebih ramai orang dan pemain industri menjaga alam sekitar.

Selepas lebih 40 tahun dalam industri itu, Wong mendapati semakin ramai pemain industri menyumbang ke arah alam sekitar lebih mapan dan berdaya tahan.

“Sepanjang 10 tahun lepas, saya mengajar lebih 2,000 orang, kebanyakannya pengusaha dan pengurus hotel.

“Kini, saya dapat melihat lebih ramai pemain industri mula mesra alam.

“Mereka juga belajar kepentingan mengamal dan melaksanakan penjagaan alam sekitar, bukan sahaja untuk memelihara alam sekitar, tetapi memastikan reputasi perniagaan mereka.”

Laman web panduan pelancongan Explorer Asia berkata, ekopelancongan ialah sektor paling pesat berkembang di Malaysia dan dijangka berkembang pada kadar tahunan 4.3% tahun ini.

Khazanah semula jadi dan budaya Malaysia menjadikan ekopelancongan satu bentuk pelancongan yang sangat bermanfaat, mapan dan berdaya tahan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments