Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Hotel Felda: 3 individu dipanggil ke SPRM hari ini

 | August 9, 2017

Seorang daripada individu tersebut adalah bekas ahli Lembaga Pengarah FIC yang hadir ke SPRM semalam bagi membantu siasatan.

macc-fic

PUTRAJAYA, 9 Ogos: Tiga individu dipanggil ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini dipercayai bagi memberi keterangan berhubung pembelian hotel di Kensington, London oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Menurut sumber SPRM, seorang daripada individu tersebut adalah bekas ahli Lembaga Pengarah FIC yang hadir ke SPRM semalam bagi membantu siasatan.

Dua lagi individu ialah pengarah sebuah bahagian Felda dan rakan kongsi kepada seorang peguam yang ditahan reman sebelum ini kerana disyaki menguruskan proses dokumentasi perjanjian jual beli di antara pemilik asal dan syarikat ketiga sebelum dijual kepada FIC, menurut sumber itu.

Mereka datang ke SPRM secara berasingan antara 10.00 pagi hingga 11.50 pagi.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments