Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Kelantan nafi ahli PKR tidak diberi peruntukan

 | August 9, 2017

Ia selepas PKR berkata ahlinya masih menunggu tuntutan daripada kerajaan negeri selepas menggunakan wang sendiri dalam menguruskan DUN.

kelantan-pkr

PETALING JAYA: Kerajaan Kelantan menafikan dakwaan ia tidak memberi peruntukan kepada ahli PKR yang memegang jawatan dalam kerajaan sehingga memaksa sukar melepaskan jawatan.

Setiausaha politik Menteri Besar, Wan Roslan Wan Hamat berkata peruntukan untuk DUN dan elaun penyelia hanya diberi selepas mereka mengesahkan surat tawaran pelantikan daripada kerajaan negeri.

Katanya, tidak berbangkit ada penyelia daripada PKR yang terpaksa menggunakan wang sendiri untuk berkhidmat kepada rakyat di kawasan mereka wakili.

“Ahli PKR yang menerima surat pelantikan daripada kerajaan negeri, dia layak menerima peruntukan DUN dan setakat ini tidak ada wakil PKR tidak dapat, malah peruntukan itu disalurkan terus melalui pejabat tanah.

“Walaupun Kelantan miskin kita bayar juga pada mereka, malah setiap tahun penyelia DUN dari PKR mendapat prruntukan sebanyak RM200,000, cuma mereka yang tidak tandatangan surat pelantikan, macam mana kita nak bayar?” soalnya kepada FMT.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah sebelum ini berkata ahli PKR yang menerima lantikan politik di Kelantan tidak dapat melepaskan jawatan mereka kerana masih menunggu tunggakan bayaran yang sepatutnya dijelaskan kerajaan negeri.

Katanya, semua ahli PKR yang dilantik itu menggunakan wang sendiri bagi membantu rakyat di kawasan masing-masing.

“Sejak bersama kerajaan Kelantan, mereka menggunakan wang sendiri untuk peruntukan kepada rakyat, jadi sekarang mereka menunggu pembayaran semula tuntutan yang telah dibelanjakan,” katanya.

Roslan menasihatkan pemimpin PKR merujuk dengan kerajaan Kelantan terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan.

“Mana boleh kita lantik tapi tak beri peruntukan,?” soalnya, sambil memaklumkan hubungan PKR dan PAS dalam pentadbiran kerajaan dipimpin PAS itu sangat baik dalam membantu rakyat.

Mei lalu, PKR mengarahkan semua lantikan politik di Kelantan meletak jawatan ekoran keputusan PAS menamatkan kerjasama politik.

Baru-baru ini, dilaporkan sebanyak 56 ahli PKR lantikan politik dalam kerajaan Kelantan menunggu keputusan rasmi daripada PKR Pusat, selepas parti menangguhkan pelaksanaan arahannya.

Lantikan politik terus bertugas seperti biasa, kata PAS, PKR Kelantan

PKR arahkan ahlinya keluar pentadbiran PAS di Kelantan


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments