Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Noh Omar: 241,595 rumah mampu milik dibina sejak 2009

 | August 9, 2017

Tan Sri Noh Omar berkata jumlah itu meliputi 21.7% daripada sasaran 1.1 juta rumah mampu milik yang mahu dibina oleh kerajaan untuk golongan berpendapatan rendah.

DEWAN RAKYAT

noh-omar_rumah_600KUALA LUMPUR: Sebanyak 241,595 buah rumah mampu milik dibina di seluruh negara dari 2009 sehingga April tahun ini, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.

Katanya, jumlah itu meliputi 21.7% daripada sasaran sebanyak 1.1 juta rumah mampu milik yang mahu dibina oleh kerajaan untuk golongan berpendapatan rendah.

“Sebanyak 634,295 rumah mampu milik masih lagi dalam proses pembinaan manakala 256,138 unit pula masih dalam proses mengenal pasti tapak pembinaan,” katanya ketika menjawab soalan Khalid Abdul Samad (Amanah-Shah Alam) pada persidangan Dewan Rakyat.

Khalid ingin mengetahui jumlah rumah mampu milik yang dibina di seluruh negara dari 2009 hingga 2017.

Ketika menjawab soalan Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin) mengenai syarat kelayakan membeli rumah mampu milik, Noh berkata pihaknya sentiasa menjalankan proses saringan serta mengenakan syarat ke atas pemohon rumah mampu milik yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah.

“Pemohon-pemohon mesti berpendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan dan permohonan rumah mampu milik akan dihantar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terlebih dahulu sebelum mempamerkan nama dalam masa 2 minggu untuk proses bantahan.

“Sekiranya mendapat bantahan daripada orang awam, kami akan menyiasat dan akan menarik balik sekiranya tidak memenuhi syarat bagi memastikan rumah mampu milik betul-betul dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments