Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Hotel Felda: 3 pengarah dipanggil SPRM bantu siasatan

 | August 10, 2017

Ketiga-tiga pengarah itu termasuk Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Nur Ehsanuddin Harun tampil ke ibu pejabat SPRM untuk membantu siasatan.

omar-salim_Nik-Azman_Nur-Ehsanuddin_600PUTRAJAYA: Tiga pengarah Felda Investment Corporation (FIC) hari ini dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan pembelian hartanah di United Kingdom.

Tiga pengarah itu, Datuk Nik Azman Mohd Zain, Datuk Dr Omar Salim dan Datuk Nur Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid datang ke ibu pejabat SPRM secara berasingan.

Hari ini menandakan kali ke-3 Nik Azman dipanggil untuk membantu siasatan kes ini.

Nur Ehsanuddin, yang juga ahli Parlimen Kota Tinggi, mendakwa SPRM hanya menanya “beberapa soalan” berhubung pembelian hotel mewah di London.

FIC dikatakan memperoleh sebuah hotel bertaraf 4 bintang antara 2013 dan 2015 di Kensington, London pada harga RM330 juta, yang pada masa itu ia dipercayai lebih daripada nilai sebenarnya RM110 juta.

Agensi anti-rasuah juga memulakan siasatan ke atas pembelian sebuah hotel di Kuching, Sarawak berikutan maklumat yang diterima oleh pasukan penyiasat ketika memeriksa pembelian hotel di London oleh FIC.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Mohd Azam Baki sebelum ini berkata 9 individu ditahan dan lebih daripada 30 saksi dipanggil untuk disoal berhubung pembelian 2 hotel itu.

Hotel Felda: SPRM akan siasat VIP


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments