Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Keluarga pensyarah UUM koma di Australia perlukan RM285,000 lagi

 | August 10, 2017

Setakat ini, dana yang berjaya dikumpul berjumlah RM150,000 dan keluarga Zahir masih perlukan sekitar RM285,000.

Mohd-Zahir-Mat-ChaALOR SETAR: Keluarga pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Zahir Mat Cha, 51, yang sedang koma dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital St Vincent, Sydney, Australia masih memerlukan RM285,000 bagi menyelesaikan kos bayaran perubatan di hospital itu.

Nur Asniza Md Zahir, 22, berkata wang itu diperlukan bagi membayar kos perubatan ayahnya sepanjang dirawat di Hospital St Vincent yang sehingga kini sudah mencecah kira-kira AUD$127,928 (RM434,955).

“Setakat ini, dana yang berjaya dikumpul berjumlah RM150,000 jadi kami masih perlukan sekitar RM285,000. Itu belum termasuk kos rawatan susulan dalam negara,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Md Zahir , 51, terlantar di Hospital St Vincent akibat serangan angin ahmar selepas terjatuh dalam bilik air di hotel penginapannya, 31 Julai lalu ketika menghadiri program Study Visit Tour For Management Council Member anjuran Pusat Pembangunan Kemahiran Industri dan Pengurusan Kedah (KISMEC).

Nur Asniza berkata dia dan keluarganya berharap dapat membawa ayahnya pulang ke Malaysia dengan segera bagi menjalani rawatan susulan sama ada di Hospital Kuala Lumpur atau Hospital Sungai Buloh.

“Sekarang, pihak keluarga dengan kerjasama Kedutaan Malaysia, Wisma Putra, Kementerian Kesihatan serta Biro Kebajikan Umno Malaysia, sedang dalam proses akhir untuk membawa ayah pulang dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pagi esok (Jumaat),” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Biro Kebajikan Umno Kedah, Datuk Abdullah Hasnan menyerahkan sumbangan RM34,000 daripada Umno negeri kepada Nur Asniza.

Abdullah berkata sumbangan itu diharap dapat membantu meringankan beban kewangan keluarga itu untuk membayar kos rawatan di luar negara.

“Saya harap rakyat Malaysia dapat terus membantu keluarga Md Zahir dan semua ahli Umno Kedah juga diharap dapat terus menyalurkan sumbangan secara berterusan bagi membiayai kos rawatan selepas ini,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments