Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Menteri kecewa, mahu pelajar kes buli dibuang sekolah

 | August 10, 2017

Pelajar yang terlibat dalam kes buli perlu dikenakan hukuman paling keras supaya kejadian tersebut tidak berulang, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Mahdzir-Khalid-buli-guru

PASIR PUTEH: Pelajar yang terlibat dalam kes buli perlu dikenakan hukuman paling keras supaya kejadian tersebut tidak berulang, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata hukuman yang kenakan sekarang tidak dapat membendung kejadian buli di sekolah yang terus berlaku.

“Saya tidak bersetuju kalau setakat hendak gantung (persekolahan) 10 hari, tak payah, kita kena buat lebih lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita dan Pemuda Umno Pasir Puteh, di sini hari ini.

Katanya beliau lebih bersetuju jika pelajar yang membuli dibuang sekolah namun peraturan tidak membenarkan tindakan itu diambil.

Mahdzir yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno mengulas kes buli ke atas tiga pelajar sebuah kolej vokasional di Terengganu oleh sekumpulan pelajar dari kolej sama dalam 2 kes berasingan pada Isnin dan Selasa lepas.

Katanya beliau kecewa dan sedih dengan kejadian tersebut tatkala usaha giat dilakukan melibatkan pelbagai pihak bagi membanteras kejadian buli melibatkan pelajar.

“Saya kecewa dalam masa kita bercakap pasal buli, hukuman, peraturan, kita minta guru, ibu bapa, pelajar jauhkan daripada segala perkara yang boleh dianggap sebagi buli tetapi dalam masa sama di kolej vokasional tersebut berlaku kes buli,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments