Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Saya masih 40, kata Anwar di sambutan hari lahir

 | August 10, 2017

Penyokong menyanyikan lagu 'Allah Selamatkan Kamu' kepada ahli politik yang meraikan hari kelahiran yang ke-70 tahun ini.

VIDEO INSIDE

anwar-makamahKUALA LUMPUR: Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini disambut dengan acara sambutan hari kelahiran ringkas semasa menghadiri perbicaraan fitnah anak perempuannya, Nurul Izzah Anwar.

Namun pemimpin politik itu, yang meraikan hari kelahiran yang ke-70 tahun ini, tegas mengatakan usianya tidak berubah sejak 30 tahun dulu.

“Bila kamu tanya usia saya, saya jawab 40,” kata Anwar kepada para penyokong yang menyanyikan lagu “Allah Selamatkan Kamu” sambil pengiring keselamatan cuba menghalang orang ramai mengambil gambar.

cake-anwar“Saya tak boleh beritahu usia sebenar kerana ada ramai gadis di sini.”

Anwar merupakan saksi dalam saman Nurul Izzah terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Nurul Izzah menyaman mereka berhubung dakwaan beliau melakukan “khianat” kerana bertemu Jacel Kiram, anak perempuan Jamalul Kiram III, yang mengaku dirinya pemerintah Kesultanan Sulu yang mengepalai pencerobohan bersenjata di Sabah pada awal 2013, menyebabkan kematian berpuluh pengikut dan pasukan keselamatan.

Nurul Izzah bertemu Jacel semasa melawat Filipina.

Khalid dan Ismail 2 kali gagal membatalkan samannya tahun lepas, dan gagal mencapai suatu penyelesaian di luar mahkamah.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments