Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

1MDB bayar IPIC AS$360 juta menjelang tarikh akhir

 | August 11, 2017

Ia merupakan syarat ketika diberi kelonggaran untuk melangsaikan ansuran pertama AS$1.2 bilion menjelang hujung bulan ini.

1mdb-IPICPETALING JAYA: Dana pelaburan milik kerajaan 1MDB hari ini mengesahkan membayar International Petroleum Investment Corporation (IPIC) sebanyak AS$360 juta, 3 hari selepas syarikat kerajaan Abu Dhabi itu memberi masa sehingga 31 Ogos ini untuk membayar hutang sebanyak AS$603 juta.

“Baki asal bayaran obligasi pada IPIC pada 31 Julai 2017, kini perlu dibayar pada 31 Ogos 2017,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

1MDB menambah semua dana yang dibayar kepada IPIC adalah hasil program rasionalisasi berterusan.

Melalui perjanjian yang dimeterai dengan IPIC pada April lalu, 1MDB bersetuju membayar AS$1.2 bilion dalam 2 ansuran dengan pembayaran pertama kira-kira AS$600 juta dibuat pada 31 Julai.

Tetapi 1MDB gagal untuk memenuhi komitmennya, memaksa IPIC memberi tambahan 5 hari untuk membuat pembayarannya.

Pada 8 Ogos, IPIC melanjutkan tarikh akhir bayaran hingga 31 Ogos, dengan syarat ia membayar AS$360 juta sebelum esok.

 

Lagi lanjutan tarikh akhir 1MDB bayar hutang IPIC


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments