Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Asing cawan bukan dasar kementerian, tegas Mahdzir Khalid

 | August 11, 2017

Menteri pendidikan berkata, tindakan pengurusan Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Hulu Langat mengasingkan cawan minuman untuk pelajar Islam dan bukan Islam bertentangan dengan peraturan dan pekeliling kementerian itu.

Mahdzir-Khalid-sekolah2PETALING JAYA: Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan tindakan pengurusan sebuah sekolah rendah di Selangor yang mengasingkan cawan minuman untuk pelajar Islam dan bukan Islam bertentangan dengan peraturan dan pekeliling kementeriannya.

Sehubungan itu menurut beliau, pengurusan sekolah harus berperanan sebagai agen pemurnian dalam mewujudkan perpaduan dan menjaga sensitiviti kepelbagaian kaum.

“Semua jenis peraturan dan pekeliling urusan sekolah telah tertakluk pada pekeliling kementerian sedia ada, jadi pentadbir sekolah tidak boleh buat sesuatu perkara lebih dari apa yang telah ditetapkan.

“Mereka (pentadbir sekolah) tidak boleh buat peraturan sendiri sebaliknya perlu merujuk dengan pihak kementerian dahulu jika hendak melakukan sesuatu,” kata beliau.

Beliau mengulas isu dasar mengasingkan gelas minuman pelajar Islam dan bukan Islam di Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Hulu Langat, Selangor yang dilaporkan oleh FMT semalam.

Dipetik Bernama, Mahdzir yang bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Puteri dan Pemuda Umno Bahagian Padang Terap, Kuala Nerang hari ini berkata, sebelum melaksanakan sesuatu peraturan, pentadbir sekolah perlu memastikan ia tidak menyentuh sensitiviti kaum.

“Dalam kehidupan majmuk ini, sensitiviti ada jadi kita perlu jaga. Jangan disebabkan pelaksanaan yang dibuat itu mendatangkan masalah dan menyusahkan pihak lain,” katanya.

Namun menurut beliau, isu itu telah diselesaikan di peringkat jabatan.

Pengerusi Biro Pendidikan MIC, Ganesan Seerangam berkata dalam 1 pertemuan, pengetua sekolah itu, Nora Yahya ada mengakui yang pihaknya mengambil pendekatan itu demi menjaga kepentingan pelajar beragama Islam.

“Guru besar itu berpendapat sesetengah pelajar membawa makanan tidak halal dan langkah itu adalah untuk menjaga kebersihan membabitkan pelajar Islam,” kata Ganesan kepada FMT.

Berikutan kecaman ibu bapa dan kumpulan masyarakat sivil, sekolah terbabit hari ini mengeluarkan label pada cawan yang ditempatkan di sebelah dispenser air minuman di salah sebuah blok sekolah.

Ganesan berkata Nora bukan sahaja gagal menghentikan amalan itu tetapi turut menyokong arahan yang dibuat oleh pengetua wanita terdahulu.

Nora mengambil alih sebagai pengetua Julai lalu daripada Roslinda Kamis. Bagaimanapun Roslinda sebelum ini menafikan laporan bahawa beliau yang memulakan dasar itu.

Sebelum ini, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mengecam amalan itu dengan menyifatkan sebagai tindakan “perkauman”.

Katanya, amalan itu tidak ada asas keagamaan walaupun Islam menganggap beberapa jenis makanan sebagai haram.

“Walaupun seseorang menggunakan daging babi, itu tidak bermakna bibirnya haram,” katanya.

“Kita boleh menggunakan cawan yang digunakan oleh bukan Islam. Kita boleh menggunakan peralatan memasak yang digunakan oleh bukan Islam.”

Sekolah dikecam kerana asingkan cawan orang Islam, bukan Islam

MIC kecewa pengetua sekolah pertahan dasar pengasingan cawan


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments