Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Blogger remaja Singapura dirompak di pusat tahanan AS

 | August 11, 2017

Amos Yee yang disabit di Singapura itu kini dipindahkan ke bahagian lain selepas membuat aduan mengenai seorang lelaki setinggi lebih 6 kaki.

amos-yee_reyes_jail_600

PETALING JAYA: Seorang blogger remaja dari Singapura yang ditahan di Amerika Syarikat lebih 200 hari mendakwa berulang kali dirompak oleh seorang banduan yang disabit dengan kesalahan berat menyalahi undang-undang.

Dalam status Facebook semalam, Amos Yee berkata banduan itu, Emmanuel “Bubba” Reyes, beberapa kali merompak duitnya yang diberi untuk membeli makanan dari gerai penjara.

Menurut status itu, Yee menerima duit tersebut dalam akaun komisarinya daripada mereka yang “prihatin terhadapnya”.

Bagaimanapun, Reyes didakwa mula mensasarkan Yee dan beberapa banduan lain yang takut akannya dan mencuri makanan mereka.

Carian mendapati Reyes seorang lelaki dengan ketinggian 6’4″, berkulit hitam dan beratnya melebihi 113kg.

Dia mensasarkan Yee secara khusus, kawan Filipinanya, orang Asia dan mereka yang sudah berumur, di mana Reyes memandang mereka sebagai sasaran mudah.

“Reyes baru-baru ini ditempatkan di pengurungan berasingan selepas menyerang banduan lain. Reyes mendekati seorang banduan 72 tahun dan meminta kerepeknya. Lelaki berumur 72 tahun itu enggan memberi makanannya jadi Reyes memukulnya dengan teruk,” kata Yee.

Yee meminta dipindahkan ke bahagian lain penjara dan permintaanya diluluskan pentadbiran penjara.

Menurut catatan Yee, dia dan kawan Filipinanya, Jay, yang meminta perkara sama, kini selamat.

Yee, 18, ditahan oleh pihak AS selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare Chicago Disember lalu, dalam usaha mencari suaka politik.

Dia pada mulanya ditahan di Illinois tetapi kini ditahan di Pusat Tahanan Dodge County di Juneau, Wisconsin.

Perbicaraannya diperhatikan dengan teliti oleh kumpulan hak asasi dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, mencetuskan perdebatan di Singapura tentang penapisan dan had kebebasan bersuara.

Pada September tahun lepas, Yee mengaku bersalah di Singapura atas tuduhan memuat naik komen di Internet pada 2005, mengkritik agama Kristian dan Islam susulan kematian pengasas republik Singapura, Lee Kuan Yew. Dia dihukum 6 minggu penjara.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments