Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Cukai pelancongan: Sarawak tuntut minimum 30%

 | August 11, 2017

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata jumlah yang dikutip itu mesti dikongsi secara saksama oleh 3 wilayah iaitu Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Abdul-Karim-Rahman-Hamzah_pelancong_600KUCHING: Sarawak menuntut agar negeri itu mendapat pembahagian yang adil daripada cukai pelancongan iaitu tidak kurang 30 peratus daripada jumlah yang dikutip.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata jumlah yang dikutip itu mesti dikongsi secara saksama oleh 3 wilayah iaitu Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

“Kami mahu hasil yang lebih besar diberi balik kepada Sarawak, kami mahu sekurang-kurangnya 30 peratus atau lebih daripada jumlah keseluruhan yang dikutip,” katanya.

Abdul Karim berkata demikian ketika ditanya pemberita tentang perkembangan terkini berhubung cukai pelancongan yang akan berkuat kuasa pada 1 September dengan pelancong asing dikenakan caj RM10 setiap bilik bagi 1 malam.

Sebelum ini, kerajaan Sarawak meminta kementerian pelancongan dan kebudayaan persekutuan supaya memperjelaskan alasan bahawa bahagian yang diperuntukkan kepada negeri ini daripada cukai pelancongan yang dikutip daripada warga asing dikurangkan kepada RM1 daripada RM10 setiap bilik bagi 1 malam yang dikutip daripada pelancong asing.

Abdul Karim berkata pada mulanya, persetujuan dicapai bahawa jumlah keseluruhan yang dikutip daripada cukai itu dibahagikan sama rata antara Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah.

“Pembahagian yang saksama antara ketiga-tiga wilayah ini dicadangkan sendiri oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Persekutuan (Datuk Seri Nazri Aziz) dan kemudiannya oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,” kata Abdul Karim, yang memperjelaskan sebab Sarawak mempersetujui pelaksanaan cukai pelancongan itu.

Nazri baru-baru ini berkata kementeriannya bercadang untuk mengembalikan RM1 daripada cukai RM10 setiap bilik bagi setiap malam yang dikutip oleh kerajaan negeri untuk tujuan mempromosikan pelancongan.

Abdul Karim berkata beliau bersetuju sepenuhnya dengan kenyataan rakan sejawatan beliau dari Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun supaya Sarawak dan Sabah diberi bahagian yang lebih saksama daripada cukai pelancongan itu.

Masidi berkata kedua-dua negeri menjalankan promosi pelancongan mereka sendiri selama bertahun-tahun atas perbelanjaan sendiri dan berharap perkara ini akan diambil kira dalam pembahagian hasil daripada cukai pelancongan.

“Oleh kerana cukai pelancongan bertujuan mempromosikan pelancongan, Sarawak dan Sabah tidak harus disamakan dengan negeri lain di Malaysia dalam pembahagian cukai ini,” kata Abdul Karim.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments