Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Ismail Sabri: Lebih baik Annuar Musa tumpu PRU14

 | August 11, 2017

Ismail Sabri juga berkata beliau akan menyerahkan senarai nama pengganti Annuar sebagai pengerusi Mara kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam tempoh terdekat.

ismail-sabri-annuar-musa-mara-1PASIR PUTEH: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyerahkan senarai nama pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang baharu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata pihaknya sudah mengenal pasti beberapa calon yang layak untuk menggantikan Tan Sri Annuar Musa, yang tidak mahu menyambung jawatannya itu.

“Saya akan berbincang dan menyerahkan 2 atau 3 nama. Terserah kepada perdana menteri untuk menentukan (siapa pengerusi Mara yang baharu),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pasir Puteh di sini, hari ini.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh dan Ketua Penerangan Umno menyatakan beliau tidak akan menyambung jawatan sebagai Pengerusi Mara yang tamat hari ini bagi memberi tumpuan terhadap parti.

Menghargai jasa Annuar kepada Mara, Ismail Sabri, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata adalah lebih baik Annuar menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap parti memandangkan Pilihan Raya Umum ke-14 semakin hampir.

Annuar dilantik sebagai Pengerusi Mara pada 19 Julai 2013 dan perkhidmatannya disambung pada 12 Ogos 2015. Bagaimanapun, beliau digantung jawatan Pengerusi Mara sejak Januari lepas berikutan dakwaan isu penajaan bola sepak Kelantan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments