Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Mustafar: Rasuah babitkan kakitangan imigresen turun

 | August 11, 2017

Mustafar berkata ia berikutan peningkatan kesedaran tentang pentingnya keutuhan dan laporan anggota jabatan sendiri tentang rasuah melibatkan pemberi dan penerima.

Mustafar-Ali-imigresenLABUAN: Unsur rasuah dalam kalangan warga Jabatan Imigresen menunjukkan penurunan ketara hasil daripada pelaksanaan program pengukuhan keutuhan.

Ketua pengarah jabatan itu, Datuk Seri Mustafar Ali berkata ia berikutan peningkatan kesedaran tentang pentingnya keutuhan dan laporan anggota jabatan itu sendiri tentang unsur rasuah yang melibatkan pemberi dan penerima.

“Ketika saya memulakan tugas sebagai ketua Pengarah Imigresen, terdapat 27 kes lama mengenai rasuah melibatkan anggota kami yang disiasat polis, tapi, kebelakangan ini, kami dapat melihat ia sudah menurun,” katanya pada sidang akhbar selepas mengetuai upacara melafazkan Ikrar Bebas Rasuah warga jabatan itu di sini hari ini.

Mustafar berkata kesediaan warga jabatan itu menolak rasuah dan mengambil tindakan terhadap pemberi rasuah, banyak membantu mengurangkan kes rasuah dalam jabatan berkenaan.

Katanya, Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada mengenai perkara berkaitan imigresen akan terus dipantau dan ditambah baik supaya sejajar dengan keperluan semasa dan untuk memastikannya tidak mendorong kepada amalan rasuah.

“Dalam menangani rasuah, kami sedar tentang kewujudan ‘kambing hitam’ yang menjadi duri dalam daging berhubung isu ini, “katanya.

Beliau berkata kambing hitam inilah yang bekerjasama dengan sindiket haram dan merestui aktiviti mereka, hingga menggugat ketenteraman awam serta menimbulkan banyak masalah.

“Perbuatan tidak bertanggungjawab segelintir pegawai yang mengamalkan rasuah inilah yang mencemarkan imej pasukan imigresen,” kata beliau.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments