Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pengasingan cawan tak ubah macam aparteid, kata PAGE

Melabel cawan menurut agama seperti dilakukan sebuah sekolah rendah adalah sama dengan pelbagai kezaliman dalam sejarah dunia.

Azimah-PagePETALING JAYA: Sebuah kumpulan pendidikan berkata dasar mengasingkan cawan antara pelajar Islam dan bukan Islam di sebuah sekolah adalah satu bentuk aparteid yang mesti dihentikan.

“Ia bukan soal kulit hitam dan kulit putih, ia berkenaan Islam dan bukan Islam,” kata Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim.

Aparteid merujuk dasar regim Afrika Selatan satu masa dulu yang mengasingkan rakyat majoriti kulit hitam daripada minoriti kulit putih.

Azimah berkata sekiranya ada ibu bapa yang tidak mahu anak mereka berkongsi cawan, mereka perlu membawa cawan sendiri.

Beliau mengulas laporan FMT semalam yang mengesahkan sebuah sekolah rendah di Hulu Langat, Selangor melabel cawan kegunaan pelajar dengan “MURID ISLAM” dan “MURID BUKAN ISLAM”.

Ia mengundang kecaman pelbagai pihak termasuk ibu bapa.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria turut menyelar polisi tersebut, dengan berkata ia menjurus perkauman dan kebencian.

Azimah berkata apa yang dilakukan pihak sekolah itu bukan remeh tetapi mempunyai implikasi yang luas.

Menurutnya, ia kelihatan seperti usaha merendahkan kaum dan agama lain, dan tidak berbeza daripada layanan terhadap orang Yahudi di era pemerintahan Nazi Jerman, serta pemisahan etnik minoriti Tutsi dan etnik majoriti Hutu di Rwanda.

“Arahan ini merosakkan integrasi dan penerimaan semua etnik di Malaysia. Islam adalah agama yang mudah dan tidak menimbulkan kesusahan kepada sesiapa pun,” katanya kepada FMT.

Badan pemikir Centre For A Better Tomorrow (Cenbet) menyifatkan amalan itu sebagai “salah laku besar” pihak sekolah, malah menganggapnya jenayah kemanusiaan.

“Kita mengajar mereka hidup dalam dunia yang terpisah pada usia muda,” kata Presiden Cenbet, Gan Ping Sieu.

Bekas timbalan menteri itu berkata jika masyarakat terus membiarkan ketaksuban seperti itu berlarutan sehingga dewasa, mereka memusnahkan perpaduan yang dijalinkan nenek moyang mereka.

Gan berkata pemimpin agama juga perlu memainkan peranan dengan membetulkan mentaliti yang salah itu.

 

Sekolah dikecam kerana asingkan cawan orang Islam, bukan Islam


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments